Perbincangan:Senarai anime yang ditayangkan di Malaysia

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Saya berpendapat bahawa satu salah faham telah timbul di sini. Anime hanya dibuat di Jepun, manakala Kategori:Rancangan televisyen Malaysia hanya memuatkan rancangan-rancangan buatan Malaysia. Lagipun, sungguhpun dialih suara ke bahasa tempatan namun anime tetap bahan asing.

Jika wajarlah anime dikategorikan sebagai rancangan televisyen Malaysia, mengapa tidak pula siri-siri dari Barat yang hangat ditayangkan di Malaysia dan mempunyai rencana Bahasa Melayu seperti Ugly Betty dan Desperate Housewives? Bukankah ini menjadi tidak logik?

Maaf jika ada sesiapa yang terasa tersinggung, tetapi untuk menyenaraikan rencana ini di bawah rancangan televisyen Malaysia adalah tidak tepat sama sekali. Harap dipertimbangkan.

Fanatix 10:59, 2 Julai 2007 (UTC)[balas]