Perbincangan:Touch 'n Go

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malaysia Rencana Touch 'n Go ini merupakan sebahagian daripada WikiProjek Malaysia. Ia ialah satu usaha kerjasama bagi memperbaiki liputan rencana-rencana dan topik-topik yang berkaitan dengan Malaysia. Jika anda mahu menyertai, lawatilah laman projek. Sebarang pertanyaan dan komen mengenai laman projek, silalah kemukakannya di laman perbincangan projek.
??? Rencana ini masih lagi tidak mendapat penilaian dari segi kualitinya.
??? Rencana ini masih lagi tidak mendapat penilaian dari segi kepentingannya.


Ini pertama kali saya dengar istilah pakir? apa maksudnya? kalau benar ia terdapat di dalam Kamus Dewan, sejauh mana penggunaanya? Ada istilah lain yang mungkin lebih popular? terima kasih. --Zack2007 14:17, 5 Mac 2007 (UTC)[balas]

Pakir itu perkataan bahasa Indonesia, dari parking. Mungkin boleh gantikan dengan "letak kereta". ...Aurora... 14:30, 5 Mac 2007 (UTC)[balas]

Lebih tepat "Tempat letak kereta". Terlalu panjang?

Ini bukan Wiki-Indo. Saya rasa istilah pakir tidak tepat. Patut ditukarkan ke Tempat letak kereta. Setuju? --Zack2007 04:54, 6 Mac 2007 (UTC)[balas]

Ya memang ini bukan wiki indo... tetapi banyak bahasa Melayu berasal daripada bahasa Indonesia. Bahasa Melayu is the NEW BAHASA and Bahasa Indonesia is the OLD BAHASA. So what's wrong with that? I guess u didn't notice that DBKL and many government agencies already used "MEMAKIR" or so in their premises.

DBKL juga menggunakan bandaraya, sepatutnya bandar raya. Lagipun, dalam kamus DBP istilah "pakir" tidak wujud, yang ada ialah "parkir". ...Aurora... 14:19, 7 Mac 2007 (UTC)[balas]

gee why attack me on this article. there are like so many articles on this Wiki Melayu that need proper tatabahasa clean up... like MyKad article ... "sebuah" instead of sekeping and etc. way to go Kamus Dewan.

lebuhraya...ok wat eva... im fine if you wanna do it the "Kamus Dewan" way.. as long as Lebuhraya Utara-Selatan and etc remain as they are... nama rasmi lebuh_raya berkenaan adalah Lebuhraya ____________ so let it be.

Yamahaboy81, saya harap anda tidak tersalah faham. Saya bukan hendak menegur secara peribadi. Sesiapa boleh menegur dan perlu bersikap terbuka apabila ditegur. Pada akhirnya, persepakatan bersama perlu dicapai (as suppose to unilateral action) atas sesuatu hujah/pendapat/teguran.
Pakir bukanlah istilah bahasa Melayu. Anda membahaskan bahasa Indonesia adalah bahasa lama, oleh tu setiap perkataan bahasa Indonesia boleh diserap masuk ke bahasa Melayu. Ini adalah sangat tidak benar. Bahasa Melayu mempunyai penggunaan dan tatabahasa yang tersendiri, yang banyaknya berlainan dari bahasa Indonesia, tidak boleh menyerap macam itu sahaja. (Contohnya, perkataan reformasi adalah sepatutnya bahasa Indonesia, tidak ada istilah itu di dalam bahasa Melayu). Jangan mencampur adukkan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia, itu adalah pencemaran bahasa. Lagipun pakir adalah perkataan pinjaman dari bahasa Inggeris. Adakah lebih elok kalau digunakan istilah bahasa Melayu sedia ada - Tempat letak kereta (atau kenderaan)?
Lebuh raya, jalan raya, kereta api, sama ada, bandar raya, dll, adalah cara penulisan yang tepat mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka. Malangnya, pewartaan tempat, papan tanda oleh pihak berkuasa tidak mengikut badan bahasa ini. Saya lebih minat kalau di Wiki Melayu ini, penggunaan cara DBP dititikberatkan dalam semua aspek, dari penggunaan berdasarkan politik. Apa pendapat yang lain?
In case you forget, please sign --Zack2007 16:40, 7 Mac 2007 (UTC) after your comment, thank you. --Zack2007 16:40, 7 Mac 2007 (UTC)[balas]

Baiklah, buatlah apa sahaja yang anda rasa betul dan suka.

"oleh tu setiap perkataan bahasa Indonesia boleh diserap masuk ke bahasa Melayu." Maaf ya, bila saya mengatakan "kita boleh menyerap setiap perkataan daripada bahasa Indonesia ke bahasa melayu???????

fakta adalah fakta, bahasa Indonesia adalah bahasa Melayu lama dan bahasa Malaysia/Melayu pula adalah bahasa Melayu baru... sedikit latarbelakang... hanya 5 perkataan sahaja yang unik dan berasal daripada bahasa Melayu. yang lainnya kita pinjam dan gunapakai daripada bahasa lain... secara amnya, bahasa Melayu itu universal sifatnya. mengenai "pakir" sebagai bahasa indonesia... bagaimana pula karya LRT dalam laman ini boleh menggunakan "side/island/platform"... perkataan daripada bahasa inggeris. dimanakah kamus dewan yang dipercayai itu? Mengenai Lebuhraya __________, malaslah saya nak bising-bising... untuk memudahkan kerja kita semua, silalah rujuk "panduan penulisan" Dewan Bahasa yang dipercayai dibawah topik KATA NAMA.

okay, if you want to standardize this wiki, why dont you start at the very basic, like the usage/choice of words for instance? like sistem lebuh_raya malaysia? what system???? it should be network or rangkaian... dont you think? then.... the usage of "di"?????? dont you think it should be standardize accordingly to Dewan Bahasa guidelines too??????????

Dude, bahasa melayu is not Kamus Dewan. thanks god have Utusan out there (not for their journalistic point of view, but their contribution for bahasa melayu like editorial, sytle of writing, wording and etc)... they have been around / doing it way long before Dewan Bahasa came to existance. maybe you need to open up your resources/mind perhaps?

anyway... this is my last reply ever. i'm not going to join any projects, talks, debates n etc. silent user/contributor and mind my own business is my motto and will be. im all open to critics n thanks for everthing. do what evar u want cuz im here only to do my best to contributes quality content for this site.

Oleh kerana perdebatan ini berlarutan, saya membuat sedikit kajian berkenaan isu ini.
  1. Mengenai isu pakir, Pakir di dalam bahasa Indonesia bermaksud fakir, keadaan miskin. Perkataan yang betul adalah Parkir iaitu perbbuatan meletak kenderaan.
  2. Bahasa Melayu bukanlah bahasa baru dan bahasa Indonesia bukanlah bahasa lama. Bahasa Melayu dan Indonesia adalah dari akar yang sama. Kerana geografi, pentadbiran, dan pengaruh yang berbeza, kedua bahasa ini berkembang dan berevolusi tersendirinya. Bahasa Melayu mendapat pengaruh dari Portugis dan Inggeris manakala bahasa Indonesia dari Belanda. Perkataan parkir adalah pinjaman dari bahasa Belanda (Bukan Inggeris), iaitu parkeren. Oleh sebab itu, perkataan ini tidak terdapat di dalam bahasa Melayu, dan tiada sebab mengapa perlu dimasukkan, kerana b Melayu telah menggunakan istilah tempat letak kereta secara meluas.
  3. Bukan semua rencana di dalam Wikipedia Melayu ini diterjemahkan sepenuhnya. Banyak rencana yang diambil bulat-bulat dari Wikipedia English. Kerana kurangnya pengguna yang menyumbang, banyak perkataan yang tidak diterjemahkan lagi (seperti dari artikel LRT itu). Perhaps anda boleh membantu menterjemahkan.
  4. Perkataan sistem sudahpun dimasukkan ke dalam bahasa Melayu, tetapi perkataan Rangkaian Lebuh Raya Malaysia lebih baik sebenarnya untuk diberi tajuk rencana, mungkin boleh dialihkan. Penggunaan di? apa maksud anda?
  5. Mengenai isu lebuhraya vs. lebuh raya. Sebelum tahun 1990an, penggunaan yang mengunjurkan lebuh dan raya dengan dekat iaitu lebuhraya, jalanraya, keretapi, samada dan sebagainya. Ini adalah amalan DBP pada ketika itu. Tetapi pada 90an, DBP telah menukar amalan ini dengan menjauhkan perkataan lebuhraya menjadi lebuh raya, dan yang lain kepada jalan raya, kereta api, sama ada, bandar raya, dsb. Ini kerana cara lama adalah tidak betul dari segi tatabahasa, seperti yang diperkatakan dalam keratan akhbar ini. Malangnya, ramai yang degil (atau jahil) dan tidak mahu menggunakan cara baru ini. Oleh sebab itu, masih kita lihat jurnalis menggunakan cara lama, pewartaan nama juga mengikut amalan lama. Sebab itu juga, saya merasakan kita patut menggunapakai cara baru seberapa boleh yang mungkin. Oleh kerana "pewartaan" telah dilakukan, DBKL akan sentiasa dinamakan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (bukan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur), dan PLUS pula Projek Lebuhraya Utara Selatan (bukan Projek Lebuh Raya Utara Selatan), jadi benarlah sepatutnya nama lebuh raya-lebuh raya ini patut didekatkan dari sega perkataan Lebuhraya. Saya akan meminta pendapat yang lain akan cadangan anda ini.
  6. Wikipedia memerlukan pengguna-pengguna seperti anda yang banyak menyumbang ke arah mengembangkan rencana-rencana di sini. Janganlah kerana saya mengkritik, anda terus memasamkan muka dan memboikot. Teguran bersama adalah sihat. Saya harap anda masih boleh memberi teguran dan menegur. Tegurlah saya kalau saya silap.
Itu sahaja yang perlu saya katakan. Ringkasannya, Pakir atau parkir tidak sesuai kerana bukan perkataan bahasa Melayu. Lebuh raya adalah penggunaan yang betul tetapi mengikut perwartaan, nama lebuh raya patut didekatkan. Sekian.

--Zack2007 02:51, 8 Mac 2007 (UTC)[balas]