Perbincangan:Zon Batang Kali

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Fakta yang dinyatakan berdasarkan perbincangan dua hala oleh pihak tertentu[sunting sumber]

Fakta yang telah dinyatakan merupakan fakta benar berdasarkan kajian yang menyeluruh sebelum diterbitkan. Ini berdasarkan laman sesawang Majlis Perbandaran Hulu Selangor [1] dan Unique Parcel Identifier (UPI) [2] serta pandangan penduduk Batang Kali dan Ulu Yam. Sebagai keterangan lanjut, Mukim Batang Kali dan Mukim Ulu Yam merupakan sebuah kawasan yang sama kerana berkongsi satu poskod yang serupa iaitu 44300 Batang Kali. Walau bagaimanapun, Zon Batang Kali terbahagi kepada beberapa kawasan yang diketuai oleh ahli majlis yang berlainan berdasarkan profil daripada laman sesawang rasmi MPHS [3]. 2001:E68:544E:A042:1566:850F:837D:BDDF 01:43, 21 Mei 2023 (UTC)[balas]

rujukan yang diberikan dalam rencana tidak berkaitan. Apa yang ditulis mesti dpautkan rencana yang dipaut, bukan laman web utama bagi sumber rujukan yang dipaut itu. Sekian --Wiki Farazi bincang 02:10, 21 Mei 2023 (UTC)[balas]

Penghapusan dilawan[sunting sumber]

Zon Batang Kali merupakan gabungan daripada dua mukim yang berbeza iaitu Mukim Batang Kali dan Mukim Ulu Yam di Hulu Selangor. Zon Batang Kali diterbitkan atas perbincangan oleh pihak tertentu serta pandangan penduduk Batang Kali dan Ulu Yam sebelum diterbitkan. Selain itu, kedua-dua mukim tersebut berkongsi satu poskod yang sama iaitu 44300 Batang Kali sejak dahulu lagi.

Sebagai keterangan lanjut, Zon Batang Kali dapat diterangkan seperti Zon Rawang dimana terbahagi kepada 4 kawasan utama iaitu Rawang Utara (Bukit Beruntung/Bukit Sentosa), Rawang Selatan (Kundang), Rawang Timur (Pusat Bandar Rawang/Taman Templer) dan Rawang Barat (Bandar Country Homes/Bandar Tasik Puteri/Kota Puteri) yang digabungkan menjadi satu nama iaitu RAWANG. Walaupun Rawang Utara berada dalam daerah yang lain, mukim dan poskod berlainan, namun kawasan tersebut masih dibawah nama RAWANG.