Perbincangan Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Kelly Ho sebagai penyelia 15 Februari 2008

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

memang jika di Wiki-id pengurus harus bergaul dengan pengguna lain Fajar ab 03:59, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]

saya berharap sekiranya terdapat pengundian akan datang, sila jangan beri komen ringkas yang berciri pro-perkauman dan anti-perkauman..kita tidak berbicara golongan minoriti dan golongan majoriti..yang penting, wiki ms perlu terus dikembangkan. Saya harap benda ini tidak akan didebatkan sekali lagi. Sila hormat pengguna yang lain, walau apapun latarbelakang dan asal-usul. Salam! - Hafrul 10:35, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]

Mr Hafrul,saya fahamlah pendapat anda. Tetapi, semasa nama saya sebagai Aeonimitz, anda tak berlembut pun dengan saya, siap boleh mengugut dengan saya semasa saya menyekat anda. Jadi sama jer, kita kenalah percaya apa yang Mr Luqman cakap, tah-tah betul apa yang dia cakap, sebab memang saya terjumpa perkataan oi, pada sebuah laman perbualan pengguna. Sekian saja dari saya, take care anda semua, Salam alaikum/Shalom aleichem/Shlama amokhon. — עמרם 13:19, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]

Emrrans, setahu saya, perselisahan diantara awak dan saya sudah selesai. Komen saya mengenai komen ringkas Edmundwoods, bukan Luqman. Saya pun tak tahu Kelly Ho pernah gunakan perkataan "oi", anda perlu tahu Kelly bukan dari budaya seperti kita di Malaysia, lagipun "oi" disesetengah negara lain, ia bermaksud "Hi" atau "Hello". Salam! - Hafrul 16:48, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]
Taulah, tapi anda, Hafrul, perlu ingat, kalau ye pun kemungkinanlah perkataan oi itu mungkin bermaksud "hi" atau "hello", perkataan oi itu masih perkataan tak sopan dalam BM!! Anda pula, Hafrul, masih tak mau beralah dan tahukah anda bahawa anda, Hafrul, biadap dengan saya dengan bertengkar berterusan dengan saya mengenai perkara ini, kalaulah perselisihan antara awak (Hafrul) dengan saya selesai, tak payah buat komen lagi kat sini! Akhir sekali, jangan ubah maksud Mr Putera Lugman, OK Hafrul. — Imran Al-Sahih 16:55, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]
Do you really need to do this Emrans?.Salam! - Hafrul 17:25, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]
Hmmm, Mr Hafrul Mr Hafrul, saya skang sedar anda begitu marah, saya minta maaflah sangat2 kerana bertengkar dan berkasar dengan anda. Kalaulah anda fikirkan perkataan "oi" sesuai di sini, so be it. But remember this, ya habibi, ada satu contoh perkataan yang saya ingin berikan kepada anda, perkataan "kak" biasanya atas gelaran pada orang perempuan yang tua sikit dari kita. Tapi perkataan "kak" dalam slang Afrika Selatan dan UK, "kak" bermaksud "shit". Jadi walaupun "oi" tu mungkin sesuai digunakan dalam bahasa Cina, masih dianggap tak sesuai dan tak sopan oleh sesetengah pengguna orang Melayu di wiki ms ni. Saya harap anda faham kali ini, InsyaAllah. Sampai sinilah berakhirnya kata-kata saya. Sekian, Salam alaikum/Shalom aleichem/Shlama amokhon. Obrigado. — Imran Al-Sahih 12:24, 17 Februari 2008 (UTC)[balas]
Oh please calm down everybody, perkara itu sudah berlalu, saya rasa Hafrul tidak ungkit langsung. Dia cuma kritik saya saja. --אדםוןד ואודס 17:03, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]
Uhuh... saya pon penah kata "oi" kat Deenasour... alamakk ... tidakk... die kawan saye je... izzudin 13:50, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]
Kengkawan lain. Kalau orang lain, aper yang dia akan rasa nanti. Tapi penggunaan kata OI memang sangat tidak digalakkan. PuteraLuqman Tunku Andre 14:02, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]
Perkataan Woi pun, lagilah tak digalakkan. :P — Imran Al-Sahih 14:36, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]
Bergaul macam mana ye. Adakah bergaul/berbincang mengenai perkara tak berfaedah ke? Saya harap Kelly Ho dapat membiasakan diri dengan sesama pengguna dengan aktif dalam mana-mana perbincangan dan permohonan pendapat. Satu lagi, adakah seseorang calon aktif bergaul menjadi faktor utama pemilihan sebagai penyelia? Seorang penyelia sememangnya perlu aktif dalam perbincangan akan tetapi keaktifan dalam menyumbang lebih dititikberatkan. — Didie (bincang) 14:07, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]

Rasa-rasanya tabiat Kelly Ho ketika menggunakan perkataan OI dalam perbincangan seharusnya dihentikan. Jika tidak, mungkin ia akan menjejaskan peluang Kelly Ho menang besar hanya kerana kesilapan kecil kerana pengundi mementingkan kesempurnaan. Mungkin perkataan Oi jika digunakan dalam laman perbincangan kelihatan seperti tidak sopan. Perubahan tabiat itu selepas ini mungkin sedikit-sebanyak akan mempengaruhi jumlah sokongan anda. — Didie (bincang) 14:18, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]

Seperti anda yang aktif dalam kedai kopi, permohonan pendapat dan berbagai lagi. Anda juga secara tidak langsung bergaul dengan menegur saya. Maksud bergaul tidak sempit lah.Calon yang tidak aktif memang langsung tidak layak memegang jawatan kepnyeliaan. Sememangnya Kelly Ho amat aktif dalam membuat artikel, tapi 6th sense saya langsung tidak menyukai dia. Nak buat macam mana? Tapi tak kisahlah, bukannya dia akan sekat saya lepas ni(klu jd sysop lor). Dan saya klu nk bersembang, pergi buat e-mel, dan IM!!!!.Kelly Ho menghantar pesanan OI ke pengguna yang tidak berdaftar kerana dia cuba membetulkan,menyempurnakan,menambahkan serta memperbetulkan artikel yang sedang di buat Kelly Ho.Adakah wikipedia ni untuk dia sorang saja???. PuteraLuqman Tunku Andre 14:24, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]

Nak jadi penyelia mestilah 'dikenali' atau famous di wikipedia nih... Syarat-syarat jadi sysop pon ade tulis "Bahawasanya untuk jadi sysop, anda perlulah aktif dalam laman perbincangan/kedai kopi/permohonan pendapat/pengundian dsb.". Kalau orang tak kenal penyelia tuh nak buat ape? izzudin 14:30, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]

Kpd Hafrul - saya bukannya nak main isu perkauman atau apa isu sensitif, cuma saya rasa kita perlu ada "pelbagai jenis" penyelia. Ini membantu dlm keneutralan Wikipedia Bahasa Melayu ini. Lagipun, setakat ini antara semua penyelia di sini, hanya Yk Yk Yk dan saya saja yg tau Bahasa Cina. Kalau tambah lagi Kelly kan lagi bagus? Alangkah bagus kalau para penyelia di sini berbilang bangsa, berbilang agama, berbilang negara... --אדםוןד ואודס 14:55, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]

Tentang kenamaan - saya rasa tak perlu. Asalkan dia mampu melaksanakan tugasnya sbg penyelia dah cukup, tak perlu terkenal dulu. Tapi memandangkan komuniti kita kecil, dia harus tau apa yg berlaku di sekitar. Di Wikipedia Bahasa Inggeris pun anda tak perlu terkenal kalau nak jadi penyelia - anda akan terkenal selepas menjadi penyelia. --אדםוןד ואודס 14:55, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]

Kesopanan - ya, hanya mereka yg tau bersopan saja sesuai menjadi penyelia. --אדםוןד ואודס 14:55, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]

Tak tahulah, sebagai orang Melayu Islam, saya rasa kesopanan itu lebih penting daripada popular. Tentang isu perkauman anda pula, kenapa anda berkata begitu?. Adakah pengguna disini menyerang pengguna berbangsa Cina??? PuteraLuqman Tunku Andre 15:25, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]

Bukanlah, mana ada serangan perkauman baru-baru ni! --אדםוןד ואודס 15:47, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]

"Oi" memang bukan perkataan kasar pun. Salam. Pancaragam 12:36, 17 Februari 2008 (UTC)[balas]

Tapi "kak" dalam bahasa slang Afrika Selatan, elok tak kita ckp kat diorang? — Imran Al-Sahih 12:38, 17 Februari 2008 (UTC)[balas]

"Oi" dan "woi" sebenarnya juga agak kasar di kalangan Orang Cina. --אדםוןד ואודס 13:57, 17 Februari 2008 (UTC)[balas]

Oh saya sekarang baru faham, orang Singapura lebih gemar mengeluarkan kata-kata kesat daripada menegur.Negara maju....... PuteraLuqman Tunku Andre 14:29, 17 Februari 2008 (UTC)[balas]

Hey berhati-hati jgn sampai kutuk semua orang S'pura! Lagipun saya percaya Kelly sebenarnya warga M'sia yg belajar atau bekerja di S'pura. Orang Cina di S'pura tiada peluang belajar Bahasa Melayu. Hanya Org Melayu saja berpeluang belajar Bahasa Melayu di sekolah. --אדםוןד ואודס 14:33, 17 Februari 2008 (UTC)[balas]

Setuju dengan pendapat Edmundwoods yang terakhir. Pancaragam 14:40, 17 Februari 2008 (UTC)[balas]


Siapa kata saya mengutuk. Saya sedang menganalisa dia. Secara tidak langsung saya menganalisa keadaan setempat dia. Mengapa anda mengatakan yang Hanya Org Melayu saja berpeluang belajar Bahasa Melayu di sekolah. Sekolah anda mengharamkan penggunaan bahasa Melayukah???
Jangan guna perkataan HEY ;agi selepas ini, saya sedang menganalisa anda buat masa sekarang. Beberapa pengguna lain telah siap dianalisa.Tiba masa anda.

PuteraLuqman Tunku Andre 14:45, 17 Februari 2008 (UTC)[balas]

OK maafkan saya atas perkataan "Hey" itu. Saya kata keadaan di Singapura, bukan di Malaysia. Di S'pura, kerajaan mewajibkan Orang Cina belajar Bahasa Cina selain dpd Bahasa Inggeris. Tapi Orang Melayu pula, selain dpd Bahasa Inggeris, mereka boleh pilih sama ada nak belajar Bahasa Melayu atau Bahasa Cina. Macam ni, agaknya. Saya tau sebab saya ada saudara mara di S'pura. --אדםוןד ואודס 14:49, 17 Februari 2008 (UTC)[balas]

Saya hanya menegur,maafkan saya ya. Tak yang saya pelik, anda berkata yang Kelly berkemungkinan warga Malaysia yang bekerja di Singapura. Itu yang saya pelik. Sekolah Kelly Ho tidak membenarkan pengajaran bahasa Melayu kah. Tentang bangsa Melayu yang diberi peluang belajar bahasa Cina saya tidak tahu menahu sangat. PuteraLuqman Tunku Andre 07:09, 18 Februari 2008 (UTC)[balas]

Sekolah Kelly? Saya cuma kata saya rasa dia bukan warga S'pura saja. Anggapan saya, Kelly berlahir, membesar, dan berpendidikan di M'sia, selepas itu dia melanjutkan pelajaran dan/atau bekerja di S'pura. Ini cuma apa yg saya teka. Kalau dia berpendidikan di S'pura sejak peringkat sekolah rendah, mustahil dia dpt belajar Bahasa Melayu! Jadi apa yg saya nak menitikberatkan ialah kewargaannya, kerana anda kata "orang Singapura lebih gemar mengeluarkan kata-kata kesat daripada menegur.Negara maju.......". Dan for your infomation, saya ada tiga org kakak yg belajar di S'pura. 2 melanjutkan pelajaran ke Polytechnic manakala satu lagi belajar sekolah menengah. Akhirnya mereka semua dah lupa Bahasa Melayu! --אדםוןד ואודס 08:26, 18 Februari 2008 (UTC)[balas]

Kan saya dah kata, saya sedang menganalisa keadaan setempat dia. Diakan sekarang berada di Singapura. Dan statement anda yang mengatakan perkataan 'OI' bagi orang Cina agak kesat. Mengeluarkan kata kesat lebih mudah daripa menegur. Teguran mestilah daripada seorang yang berperawakan baik. Kalau tidak macam mana seseorang itu untuk menerima teguran itu.Dan huraian bagi negara maju....anda fikir sendiri. PuteraLuqman Tunku Andre 09:30, 18 Februari 2008 (UTC)[balas]

Budaya di sana hampir sama dgn sini saja. Saya dah pergi sana beberapa kali. Tak perasan apa "cultural shock" pula. --אדםוןד ואודס 09:32, 18 Februari 2008 (UTC)[balas]

Anda Cina lain, saya Melayu. PuteraLuqman Tunku Andre 09:38, 18 Februari 2008 (UTC)[balas]

Kelly Cina saya bukan. Tapi saya memang agak tau tentang mereka Org Cina. Jadi saya masih boleh kata bahawa tak kira di M'sia (saya di sini Ipoh) atau di S'pura, tak patut cakap "Oi", "Woi", ... --אדםוןד ואודס 09:48, 18 Februari 2008 (UTC)[balas]

Saya tahu anda Yahudi.Tetapi di NRIC anda tertulis Yahudi atau apa yer??? PuteraLuqman Tunku Andre 09:55, 18 Februari 2008 (UTC)[balas]

OK lah, pandai-pandailah anda, tak berbaloi kita terus berbahas tentang identiti bangsa saya lagi. --אדםוןד ואודס 09:56, 18 Februari 2008 (UTC)[balas]

atau... dia kurang aktif sebagai "calon" penyelia kerana jumlah suntingan masih 1018 hanya selisih 1 dari 1019, statistik saya, mungkin penyelia baru adalah Putera Luqman Tunku Andre (data 12:00, 18 Februari 2008 (UTC)) Fajar ab 12:00, 18 Februari 2008 (UTC)[balas]

Putera Luqman Tunku Andre bukan penyelia di sini. Dia penyelia di Wikibooks (Bahasa Melayu). --אדםוןד ואודס 02:39, 19 Februari 2008 (UTC)[balas]

Saya tidak memegang jawatan penyelia. Saya agak sibuk sekarang. PuteraLuqman Tunku Andre 07:12, 19 Februari 2008 (UTC)[balas]