Perbincangan pengguna:60.53.31.131

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Saya berpendapat tulisan yang cuba dperbetulkan dalam halaman bertajuk KTM antarabandar mengenai stesen Tampin itu adalah tepat berdasarkan geografi. Stesen Kereta api Tampin sebenarnya terletak dalam Negeri Melaka, Mukim Pulau Sebang dalam daerah Alor Gajah. Stesen kereta api itu telah ditukar nama pada papan tanda kepada Tampin/Pulau Sebang. Stesen keretapi ini memberi perkhidmatan bagi bandar Pulau Sebang, Tampin, Alor Gajah dan Bandaraya Melaka. Stesen ini merupakan pintu masuk utama perkhidmatan rel ke Melakaa --Ammel

Saya (dan orang lain di sini) sedar akan perkara ini. Bagaimanapun, menulis ensiklopedia di sini bukanlah berdasarkan penyelidikan sendiri (sumber pertama), sebaliknya berdasarkan sumber kedua/ketiga. Contohnya disebut dalam akhbar atau dari laman KTMB sendiri. KTMB masih mengekalkan nama stesen itu sebagai Tampin, jadi janganlah anda tukarkannya melainkan anda ada sumber yg lebih kukuh. ...Aurora... (b) 14:51, 31 Disember 2008 (UTC)[balas]