Perbincangan pengguna:Kamalzack/Arkib2

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Balik ke perbincangan terkini.

Simpati pada Rakyat Malaysia[sunting sumber]

Saya ingin menyampaikan simpati mendalam saya kepada rakyat negara Malaysia yang telah dirampas demokrasinya. Saya berharap saudara sekalian bisa bertabah. Salam dari saya. 158.143.153.244 23:31, 6 Mac 2009 (UTC)[balas]

Saya telah memadam lencongan di atas kerana tajuknya tidak khusus dan menyebabkan lencongan berganda. Diagramma Della Verita (bincang) 15:48, 19 Mac 2009 (UTC)[balas]

Ada satu je Perkara 152, mana ada benda lain. Lagipun kalau dah padam pandai2la betulkan balik pautan yang saya buat merujuk kepada kepada Perkara 152. 61.6.1.38 01:00, 20 Mac 2009 (UTC)[balas]

Berhemah[sunting sumber]

Sila berhemah apabila bercakap. Selamat Paskah. Politikus Murahan (bincang) 01:48, 10 April 2009 (UTC)[balas]

Isu yang dimasukkan berkait rapat dengan diri tokoh itu, maka ia haruslah dimuatkan - kita tak boleh anggap semua orang tahu pasal isu itu. Dan juga, pakailah bahasa elok sikit, kan kerajaan Malaysia ada lancarkan kempen budi bahasa [www.jpa.gov.my/docs/pelbagai/ubulanan/2005/Mac-KPPA.pdf]? Selamat. Politikus Murahan (bincang) 01:59, 10 April 2009 (UTC)[balas]
Biarlah komunitas Wikipedia mengadilinya. Salam. Politikus Murahan (bincang) 02:14, 10 April 2009 (UTC)[balas]

Err... saudara, rileks... be cool as ice... saya percaya saudara tentu marah dengan Politikus Murahan kerana suntingannya pada rencana Koh Tsu Koon yang berat sebelah serta sikapnya yang menganggap diri sendiri betul dan tak mahu terima teguran kan? Saya sudah jelaskan kepadanya kenapa saudara undurkan suntingan tersebut (dan kemudian saya undurkan semula ke suntingan saudara setelah dia mengundurkan semula ke suntingannya). So, rileks dan bertenang ok? - Hezery99 (bincang) 03:22, 10 April 2009 (UTC)[balas]

Tolonglah mengundi saya sebagai sysop baru dan beri kepercayaan terhadap saya. Terima kasih. Kiteretsu 03:42, 11 Mei 2009 (UTC)

Presiden Korea Selatan[sunting sumber]

Kenapa saudara menggunakan templat {{Infobox Political post}} sedangkan templat {{KotakInfo Presiden}} untuk presiden sudah ada?? <*)))>< Mr Ikan (bincang) 06:00, 27 Mei 2009 (UTC)[balas]

sorry tak perasan.Kamalzack (bincang) 05:58, 27 Mei 2009 (UTC)[balas]
Takpe... Ok, Selamat menyumbang di Wikipedia <*)))>< Mr Ikan (bincang) 06:00, 27 Mei 2009 (UTC)[balas]

Jika cipta rencana sila letak kategori dan [[]] (ayat). ファルハン (bincang) 09:26, 27 Ogos 2009 (UTC)[balas]

Tentang kedalaman Wikipedia (Depth)[sunting sumber]

Hai, maaf banyak2 kerana kembali sekali dan janji untuk tidak lagi menyunting tidak kesampaian. serta atas kesalahan besar yang lalu. Tapi saya ada cadangan untuk kemukakan sebelum saya pergi sekali lagi. Saya lihat kedalaman Wikipedia Bahasa Melayu semakin berkurangan, dulu kedalaman (depth) wiki ms 32, sekarang 24 balik. kalau tak percaya lihat gambar ini:

Kalau nak kedalaman (depth) Wikipedia Bahasa Melayu tinggi adalah seperti berikut:

A) Rencana kena panjang, terperinci dan perlu diupdate secara kerap.
B) Kategori kena banyak pada pada setiap dan/atau kebanyakan rencana.
C) Pastikan kedalaman wiki ms ditambah bagi menunjukkan mutu rencana wiki ms tinggi.

Jadi kalau boleh, tolonglah sangat sangat sangat sangat sangat, supaya kalian dengar dan ikut apa yang hendak saya katakan ini. Saya hanya mahu membantu Wikipedia Bahasa Melayu. Sekian sahaja dari saya, selamat tinggal... Emrrans (bincang) 09:13, 30 Ogos 2009 (UTC)[balas]

Sila lihat pautan list of wikipedia's. Emrrans (bincang) 09:54, 30 Ogos 2009 (UTC)[balas]

Rencana Kreuzer[sunting sumber]

Hai Kamalzack, terima kasih kerana membantu menterjemahkan rencana Kreuser. Saya mendapati bahawa terjemahan anda lagi canggih. Jika anda melihat apa-apa kesilapan terjemahan saya pada bila-bila masa, tolong betulkan. Saya masih kena belajar banyak lagi. Saya baru mendapati bahawa "dari segi" itu kini salah. Peraturan terkini ialah "daripada segi". Memang janggal bunyinya tetapi pada suatu ketika, kami juga selalu mengianyakan semua "ia", LOL. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 16:56, 12 September 2009 (UTC)[balas]

Kenapa "dari segi" salah? Saya ingat baru terbaca dalam tatabahasa dewan "dari segi" bukan "daripada segi". Kamalzack (bincang) 04:13, 13 September 2009 (UTC)[balas]

Hai Kamalzack, entahlaaa... saya baru membaca buku "Buat Duit dengan Menulis" oleh Jeniri Amir yang bertulis:

  • "Cara berkesan bagi mempertingkatkan keupayaan berbahasa supaya karya yang dihasilkan bermutu daripada segi penggunaan bahasa adalah dengan mengkaji, meneliti, menelaah dan "mengunyah" unsur dan gaya bahasa menarik yang digunakan oleh penulis." (NOTA: Mempertingkatkan salah, "mempertingkat" betul, "meningkatkan" betul; "memperbaiki" salah, "memperbaik" betul, "membaiki" betul)
  • "Pastikan segalanya tepat. Pastikannya betul. Tidak ada tolak ansur daripada segi kebenaran"
  • "Rencana tidak perlu mempunyai peraturan yang ditetapkan baik daripada segi stail, bentuk mahupun isi kandungan"

dan banyak lagi.... Sebenarnya, saya juga terlupa tentang peraturan itu yang saya belajar semasa menyertai khusus terjemahan. "Di kalangan" salah, "dalam kalangan betul." Kesemua ini berdasarkan adakah perkataan itu merujuk kepada benda konkrit/fizikal atau perkara abstrak. Konteks kedua-dua "segi" dan "kalangan" yang tertulis di atas merupakan perkara abstrak dan oleh itu, kita menggunakan "daripada". Akan tetapi jika "segi" merujuk kepada benda fizikal, misalnya "segi empat", yang betul ialah "saya mengukur dari segi empat itu". "New" ialah "baharu", "just" ialah "baru". "Kereta baru" kini salah, yang betul "kereta baharu" tetapi "Johor Bahru" betul kerana ia merupakan nama khas. "Ahli persatuan" salah, "ahli" kini digunakan hanya untuk "expert", namun ahli UMNO juga salah, yang betul anggota UMNO, anggota jawatankuasa, ahli bahasa, ahli olahraga, ahil sosiologi, dan sebagainya. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 07:40, 13 September 2009 (UTC)[balas]

Terima kasih atas teguran anda. Saya gunakan cadangan nombor seperti hari ke-117. Md. Farhan (bincang) 08:08, 24 September 2009 (UTC)[balas]

Saya cadangkan anda pun turut sama mencipta rencana banyak-banyak. Anda boleh membantu mencipta rencana tentang takwim bulan islam yg lain.Md. Farhan (bincang) 08:11, 24 September 2009 (UTC)[balas]

Laman Utama[sunting sumber]

saya sudah lakukannya, boleh nyatakan sebab anda ingin letakan berita diatas?? --Adikhebat (bincang) 02:45, 4 Oktober 2009 (UTC)[balas]


UNDILAH SAYA[sunting sumber]

السلام عليكم 平和があなたがたに

Assalamualaykum, Salam Sejahtera dan Salam Wikipedia,

Kehadapan Saudara Kamalzack, saya merupakan pengguna Wikipedia Smim90 sedang mengadakan kempen kutipan suara melalui undian. Tujuan saya mengadakan kutipan suara ini adalah untuk mencari sokongan ahli Wikipedia bahasa Melayu yang budiman untuk memilih saya sebagai salah seorang PENYELIA WIKIPEDIA BAHASA MELAYU. Saudara, tujuan saya memohon jawatan sebagai penyelia ini adalah untuk membuat suatu transformasi pembaharuan dalam Wikipedia bahasa Melayu. Namun saya berpendapat keinginan saya mungkin tidak dapat dilunaskan sekiranya saya tidak mendapat sokongan yang kuat daripada anda. Saya seringkali sentiasa berusaha bersama para pengguna Wikipedia bahasa Melayu yang lain dalam mengecapi suatu matlamat yang sama bagi menyediakan rencana dan juga pelbagai pengisian yang bermanfaat dalam Wikipedia, namun saya tidaklah mahu sesuatu sumbangan itu boleh dikatakan "serumpun" sahaja kerana apa yang penting adalah kepelbagaian dan usaha kita yang tidak terhad, kerana itu juga saya amat menaruh harapan kepada anda SAHABAT, sebagai rakan seperjuangan yang sentiasa mencari adunan yang cukup sebati dalam mencipta resipi ilmu yang tidak akan dilupakan selama-lamanya .Inilah rencah kencana kehidupan.

Jika saudara mempunyai keyakinan dan kepercayaan terhadap diri saya untuk menjadi PENYELIA WIKIPEDIA BAHASA MELAYU, saudara bolehlah memasuki pautan Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Smim90 sebagai penyelia 09 Mei 2010 untuk mengundi saya.

Saudara boleh mengundi saya dengan dengan hanya memasukkan * SETUJU dan seterusnya diikuti tanda (~ sebanyak 4 kali) sebagai tandatangan saudara di dalam ruangan SOKONGAN. Kemudian tekan kotak simpan, undian saudara akan disimpan secara otomatik.

Jika saudara merasakan saya tidak layak menyandang jawatan sebagai penyelia dalam Wikipedia ini, saudara boleh memasukkan tanda * TIDAK SETUJU dan seterusnya diikuti tanda (~ sebanyak 4 kali) sebagai tandatangan saudara di dalam ruangan BANTAHAN. Kemudian tekan kotak simpan. undian saudara akan disimpan secara otomatik. Sebaik-baiknya saya amat mengesyorkan saudara untuk memberi sedikit komen dalam ruangan catatan sekiranya saudara tidak menyokong saya untuk memegang jawatan penyelia.

Saya juga sudi menerima sebarang persoalan yang ditujukan kepada saya sepanjang tempoh berkempen dan mencari undian. Jika tidak keberatan saya akan menjawab semua pertanyaan itu dengan hati yang ikhlas dan terbuka, InsyaAllah.

Akhirnya kata, undilah saya sebagai PENYELIA WIKIPEDIA BAHASA MELAYU, mudah-mudahan segala usaha saya dan saudara akan terus dapat dipertingkatkan untuk kebaikan bersama. Kearah melahirkan umat berilmu, berwawasan dan bertanggungjawab. Smim90 (bincang) 09:55, 11 Mei 2010 (UTC) Sekian, Wassallam dan Terima Kasih[balas]