Peresapan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Proses peresapan. Zarah dilarutkan di dalam segelas air. Pada mulanya zarah-zarah berada di satu sudut gelas. Jika zarah ini kemudian bergerak secara rawak ("meresap") di dalam air, zarah tersebut akan tertabur secara rawak dan seragam dan teratur (tetapi proses peresapan masih berlangsung, hanya tidak ada fluks bersih.
Video selang masa menunjukkan peresapan pewarna yang larut di dalam air ke dalam gel.

Peresapan atau pembauran atau difusi ialah satu daripada fenomenon pengangkutan alam semula jadi. Ciri khusus peresapan ialah hasilan campuran atau pemindahan jisim tanpa memerlukan gerakan pukal. Jadi, peresapan tidak harus dikelirukan dengan perolakan atau alir lintang; kedua-dua mekanisme ini menggunakan gerakan pukal bagi pemindahan zarah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Konsep peresapan sering kali digunakan dalam sains: dalam fizik (peresapan zarah), kimia, dan biologi; dalam sosiologi; dan dalam kajian ekonomi dan kewangan (peresapan manusia, idea dan nilai harga).

Ada dua pendekatan bagi memahami konsep "peresapan": sama ada menggunakan pendekatan fenomenon yang bermula dengan hukum-hukum Fick dan matematik, atau dengan menggunakan pendekatan fizikal dan atom dengan mengambil kira "perjalanan rawak zarah yang meresap".[1]

Dalam pendekatan fenomenon, fluks pembauran bergerak dari bahagian kepekatan tinggi ke bahagian kepekatan rendah.[2]

Dalam pendekatan atomik, seperti yang dikatakan di atas, peresapan dianggap sebagai "perjalanan rawak" zarah yang meresap. Dalam peresapan molekul, molekul yang bergerak didorong oleh tenaa terma. Perjalanan rawak zarah kecil di dalam ampaian bendalir ditemui dalam tahun 1827 oleh Robert Brown. Teori gerakan Brown dimajukan oleh Albert Einstein.[3]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. J. Philibert (2005). One and a half century of diffusion: Fick, Einstein, before and beyond. Diffusion Fundamentals, 2, 1.1--1.10.
  2. S.R. De Groot, P. Mazur (1962). Non-equilibrium Thermodynamics. North-Holland, Amsterdam.
  3. A. Einstein (1905), Über die von der molekularkinetischen Theorie der Wärme geforderte Bewegung von in ruhenden Flüssigkeiten suspendierten Teilchen. Ann. Phys., 17, 549--560.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]