Peribahasa Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Nusantara Melayu terdiri daripada beberapa puak Melayu, maka peribahasa akan berlainan dari satu tempat ke satu tempat (Peribahasa Indonesia mungkin sedikit berlainan dari peribahasa Malaysia).


  • Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
    • Orang pandai kadang-kadang buat silap.
    • Penjelasan selanjutnya: Kadang-kadang, setinggi-tinggi digantikan dengan sepandai-pandai. Walaupun keduanya kata-kata tersebut mempunyai makna yang lain, ia membawa erti kelakuan yang sama. Pada seringkalinya, walaubagaimanapun, peribahasa terutamanya ini telah sentiasa berkait dengan penjenayah, dengan suatu cara yang betapa pandainya mereka menghindari dari ditangkap, mereka tidak akan selamanya dapat melakukan demikian.
  • Jangan disangka air yang tenang tiada buaya.
    • Muka yang tenang boleh menyimpan banyak rahsia.
  • Sudah jatuh, ditimpa tangga
    • Selepas satu benda buruk berlaku satu lagi mengikut.
  • Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
    • Seorang insan meninggal dunia tetapi kelakuannya masih diingati.
  • Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tiada gunanya
    • Bandingkan: Fikir sebelum anda melompat
  • Sedikit-sedikit,lama-lama menjadi bukit
    • Untuk melakukan sesuatu besar, anda bermula dengan suatu yang kecil.
  • Bagaikan kacang lupakan kulit
    • Seorang yang lupa/menafikan asal-usulnya
  • Beri betis,hendak paha
    • Seseorang yang terlalu tamak yang sentiasa inginkan lebih dari yang dimiliki/diberi.
  • Seperti bumi dengan langit
    • Perbezaan yang sangat ketara.
  • Melentur buluh biarlah dari rebungnya
    • Mengajar dan mendidik biarlah dari kecil.
  • Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
    • Seseorang itu akan mengikuti adat resam sesuatu tempat dan menghormati kawasan setempat.
  • Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
    • Apabila seseorang itu mengkehendaki sesuatu, dia pasti akan menemui cara untuk mendapatkannya.
  • Nasi sudah menjadi bubur
    • Sesuatu perkara yang sudah terlanjur yang tidak dapat dipulihkan lagi.
  • Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
    • Membuang hak milik yang sedia ada untuk memberi ruang kepada yang baru walaupun perkara itu belum tentu dapat.
  • Sudah terhantuk baru mengadah
    • Perlakuan yang sudah terlambat.
  • Sekali air bah, sekali pasir berubah
    • Apabila sesuatu itu berubah, semuanya sudah tidak sama lagi.
  • Lembu punya susu, sapi dapat nama
    • Hasil titik peluh seseorang menjadi kemuliaan pada seorang lain.
  • Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
    • Kalau ingin melakukan sesuatu, anda lebih baik melakukannya dengan sepenuh hati.
  • Bagai beruk kena belacan
    • Menjelaskan seorang yang dalam keadaan panik atau terlalu aktif.
  • Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
    • Pekerjaan yang dilakukan bersama-sama.
  • Sediakan payung sebelum hujan
    • Persediaan sebelum sesuatu yang buruk yang tidak dijangka.
  • Marahkan nyamuk, kelambu dibakar
    • Membuat masalah yang lebih besar hanya disebabkan perkara remeh.
  • Tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongket
    • Salah sendiri tetapi menuduh orang lain.
  • Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
    • Orang yang inginkan sesuatu, dia akan cuba segala upaya manakala orang yang tidak mahu atau malas, dia akan berikan pelbagai alasan.
  • Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
    • Semangat perpaduan akan menyebabkan sesuatu masyarakat kukuh dan apabila berpecah-belah pula, masyarakat itu akan hancur.
  • Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga
    • Hanya kerana salah seorang, sekumpulan atau seluruh masyarakat akan turut mendapat nama yang buruk.
  • Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri
    • Sesuatu itu memang baik di kampung halaman sendiri walaupun betapa mewahnya tempat lain.
  • Seperti Belanda meminta tanah
    • Orang yang tamak yang sentiasa hendakkan lebih.
  • Hangat-hangat tahi ayam
    • Melakukan sesuatu dengan sungguh-sungguh hanya pada permulaan. Lama kelamaan, ditinggalkan apabila sudah mula bosan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]