Peristiwa Malapetaka Lima Belas Januari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peristiwa Malari di Senen.

Peristiwa Malapetaka Lima Belas Januari (Malari) ialah peristiwa tunjuk perasaan mahasiswa dan rusuhan sosial yang berlaku pada 15 Januari 1974 di Jakarta, Republik Indonesia.

Peristiwa itu berlaku ketika Kakuei Tanaka, Perdana Menteri Jepun, mengunjungi Jakarta antara 14-17 Januari 1974. Para mahasiswa menyambut kedatangannya dengan menunjuk perasaan di Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma. Kerana dijaga ketat, kumpulan mahasiswa tidak berjaya menempuh ke dalam pangkalan udara tersebut. Pada pukul 8.00 pagi 17 Januari 1974, Tanaka bertolak dari Istana Suharto di Bina Graha dengan helikopter ke pangkalan udara.

Akibat tunjuk perasaan yang disertai rusuhan, pembakaran, dan penjarahan, Jakarta berasap. Suharto memberhentikan Soemitro sebagai Panglima Komando Operasi Pemulihan Keamanan dan Ketertiban (Kopkamtib) dan mengambil alih jawatan itu. Jawatan Pembantu Peribadi Presiden dibubarkan. Soetopo Juwono, Ketua Badan Penyelerasan Pengintipan Negara (Bakin), digantikan oleh Yoga Sugama.

Ali Moertopo dan Peristiwa Malari[sunting | sunting sumber]

Jeneral Ali Moertopo mula-mulanya menyalahkan bekas Parti Syarikat Islam Indonesia (PSII) serta bekas Masyumi atas peristiwa Malari ini. Tetapi selepas para pemimpin peristiwa Malari seperti Syahrir dan Hariman Siregar diadili, tidak terdapat sebarang bukti bahawa PSII atau Masyumi terlibat.

Selepas itu, barulah ada pernyataan daripada Jeneral Soemitro (almarhum) dalam buku Heru Cahyono, "Pangkopkamtib Jeneral Soemitro dan Peristiwa Malari", bahawa ada kemungkinan bahawa Moertopo sendiri yang mendalangi peristiwa Malari, bersama-sama Pusat untuk Kajian Antarabangsa dan Strateginya (CSIS). [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Laman web Swaramuslim

Pautan luar[sunting | sunting sumber]