Perkahwinan Hindu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mempelai Hindu dari Gujarat

Perkahwinan Hindu secara tradisionalnya dilaksanakan sekurang-kurang sebahagiannya dalam bahasa Sanskrit, bahasa paling suci bagi semua upacara Hindu. Bahasa tempatan orang yang terbabit juga digunakan kerana kebanyakan orang India tidak memahami bahasa Sanskrit. Ugama Hindu memiliki banyak upacara yang berubah disebabkan masa tradisi dan perbezaan dalam banyak cara dari perkahwinan moden barat dan juga perbezaan kawasan, keluarga, dan kasta. Ugama Hindu mementingkan perkahwinan dan upacara ini biasanya bewarna-warni dan memakan masa selama beberapa hari. Rumah peserta juga turut dihiasi dengan belon dan hiasan yang lain.

Di India, di mana kebanyakan orang-orang Hindu tinggal, undang-undang berkait dengan perkahwinan berbeza menurut agama. Menurut Akta Perkahwinan Hindu 1955, yang diluluskan oleh Parlimen India, bagi semua tujuan perundangan, semua Hindu dari semua kasta, kepercayaan, atau sect, Sikh, Buddha dan Jains dianggap Hindu dan boleh sesama berkahwin. Menurut Akta Perkahwinan Istimewa 1954 ("Special Marriage Act, 1954") seseorang Hindu boleh berkahwin dengan seseorang bukan Hindu, menggunakan sebarang upacara, selagi semua peraturan khusus dipenuhi.

Upacara sebelum perkahwinan termasuk pertunangan (termasuk vagdana atau perjanjian lisan dan lagna-patra pengiiharan bertulis), dan ketibaan pihak pengantin lelaki ke tempat tinggal pengantin perempuan, sering kali dalam bentuk perarakan rasmi. Upacara selepas perkahwinan termasuk mengalu-alukan pengantin perempuan ke rumah barunya.

Sungguhpun Hindu moden kebanyakannya berasaskan bentuk puja bagi pemujaan dewa seperti ditasbiahkan dalam Purana, upacara perkahwinan Hindu pada asasnya adalah Vedic yajna (persembahan api), dari mana dewa Aryan diseru dalam gaya Indo-Aryan. ia memiliki adal mendalam dalam upacara silam bagi mengikat ikatan persahabatan/perikatan (malah antara orang sama jantina atau berlainan spesies dalam konteks mithologi), sungguhpun hari ini, ia hanya kekal dalam konteks perkahwinan. Saksi utama perkahwinan Hindu adalah dewa api (atau Api Suci) Agni. Menurut perundangan dan tradisi tiada perkahwinan Hindu dianggap sempurna kecuali kehadiran Api Suci tujuh keliling dilakukan oleh kedua pengantin bersama-sama. (Dalam kebanyakan perkahwinan Hindu Selatan India ini tidak diperlukan.)

Pengantin lelaki Hindu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Vivaah, perkahwinan menurut tradisi Vedas


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • World Hindu Council of America (VHPA), (2011), Vivaha Sanskara, The Hindu Wedding Ceremony, ISBN 978-0-9-793501-3-9 and

ISBN 0-9793501-3-1.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]