Perlembagaan UMNO

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Wikisource.

FASAL 1[sunting | sunting sumber]

NAMA Pertubuhan ini dikenali dengan nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO (United Malays National Organisation)

FASAL 2[sunting | sunting sumber]

COGANKATA UMNO IALAH:- BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT

FASAL 3[sunting | sunting sumber]

ASAS DAN TUJUAN UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

 3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

  3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berperlembagaan.

  3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

  3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

  3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

  3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

FASAL 4[sunting | sunting sumber]

JENIS AHLI

 4.1 Ahli-ahli UMNO adalah dua jenis:

     4.1.1 Ahli Biasa
     4.1.2 Ahli Bergabung

  4.2 Ahli Biasa ialah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun keatas.

  4.3 Ahli Bergabung ialah sebuah pertubuhan politik yang bersetuju berkerjasama dengan UMNO dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi.

FASAL 5[sunting | sunting sumber]

PENDAFTARAN KEAHLIAN

 5.1 Tiap-tiap orang Melayu dan Bumiputera berhak mendaftar diri sebagai ahli UMNO mengikut Perlembagaan dan peraturannya.

  5.2 Permohonan mendaftar sebagai ahli biasa hendaklah dikemukaan kepada Jawatankuasa Cawangan yang dikehendaki menerima dan meluluskan permohonan tersebut.

  5.3 Borang pendaftaran menjadi ahli hendaklah ditandatangani oleh pemohon dan seorang pencadang dari ahli daripada Cawangan di mana ia memohon menjadi dan hendaklah disertakan dengan bayaran wang pendaftaran dan yuran mengikut Fasal 25.1.

  5.4 Jika pemohon tidak didaftar sebagai ahli dalam satu bulan, ia boleh melapor hal ini kepada Jawatankuasa Bahagian dan Jawatankuasa Bahagian mesti mengarah Jawatankuasa Cawangan mendaftar pemohon tersebut sebagai ahli.

  5.5 Jika Jawatankuasa Bahagian tidak melaksanakan mengikut Fasal 5.4 atau Jawatankuasa Cawangan masih enggan mematuhi arahan Jawatankuasa Bahagian, pemohon boleh dalam satu bulan, melapor kepada Majlis Tertinggi yang selepas menimbang apa-apa bantahan di bawah Fasal 5.6, jika ada, mengarah Jawatankuasa Cawangan mendaftar pemohon itu sebagai ahli.

  5.6 Mana-mana ahli boleh melapor kepada Majlis Tertinggi atas mana-mana pemohon yang difikirkan tidak layak menjadi ahli serta memberi sebab-sebabnya.

  5.7 Majlis Tertinggi berhak membuat apa-apa keputusan atas mana-mana permohonan pendaftaran keahlian atau taraf sesuatu pendaftaran itu (termasuk menarik balik pendaftaran) dan keputusan itu adalah muktamad.

  5.8 Pertubuhan yang hendak menjadi Ahli Bergabung hendaklah menghantar permohonannya dengan bertulis yang ditandatangani oleh Yang Dipertua dan Setiausaha kepada Setiausaha Agung UMNO.

  5.9 Majlis Tertinggi UMNO berkuasa menetapkan borang permohonan wang pendaftaran dan yuran ahli.

FASAL 6[sunting | sunting sumber]

TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI

 6.1 Tiap-tiap ahli mempunyai tanggungjawab seperti berikut:

     6.1.1 Memegang teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya.

6.1.2 Mendaftar diri sebagai pengundi dan mengundi di setiap pilihan raya, melainkan atas sebab-sebab yang boleh diterima oleh Majlis Tertinggi.

6.1.3 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan parti.

6.1.4 Menjalankan kerja-kerja parti dan mematuhi tataetika, perintah-perintah dan disiplin parti.

6.1.5 Menyokong calon-calon parti yang bertanding dalam pilihan raya.

6.1.6 Berkhidmat kepada orang ramai.

6.1.7 Bersedia dan sanggup menentang musuh-musuh negara.

  6.2 Tiap-tiap ahli mempunyai hak-hak yang berikut:

     6.2.1 Bercakap dan mengemukakan pendapat-pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat-mesyuarat parti.

6.2.2 Memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti.

6.2.3 Mengambil bahagian dalam pilihan raya dan menerima lantikan parti sebagai seorang calon.

6.2.4 Ahli-ahli yang sedang di dalam cadangan atau dipecat tidaklah hilang hak keahlinnya.

6.2.5 Ahli-ahli yang tidak menjadi wakil ke mesyuarat Perwakilan Bahagian atau Perhimpunan Agung boleh dicalonkan dan bertanding di peringkat yang berkenaan sekiranya memenuhi syarat di bawah Fasal 9.5 dan Fasal 15.5.

6.2.6 Ahli-ahli yang tidak hadir di Persidangan Cawangan boleh dicalonkan dan bertanding sebarang jawatan atau sebagai wakil ke Perwakilan Bahagian dengan menyatakan persetujuannya secara bertulis.

  6.3 Seseorang ahli itu tidak berhak

     6.3.1 Menjadi ahli lebih daripada satu Cawangan.

6.3.2 Mewakilkan hak mengundinya kepada sesiapa jua pun.

6.3.3 Menggunakan haknya di bawah Fasal 6.2 sekiranya ia tidak menjelaskan yuran mengikut peruntukan dalam Perlembagaan.

6.3.4 Menggunakan haknya di bawah Fasal 6.2 jika dilarang di bawah akta Pertubuhan 1966 atau setakat mana ia dikenakan hukuman disiplin di bawah Fasal 20.9 dan 20.10.

6.3.5 Menjadi Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Pemeriksa Kira-Kira atau Ahli Jawatankauasa lebih daripada satu Cawangan atau Bahagian melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Majlis Tertinggi.

6.3.6 Menjadi Ahli Jawatankuasa di peringkat yang sama di mana ia telah dipilih menjadi Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Pemeriksa Kira-kira dan sebaliknya.

6.3.7 Mengambil bahagian bercakap, mengundi, memilih dan dipilih dalam Persidangan Cawangan dan Perwakilan Bahagian selain daripada Cawangan dan Bahagian di mana ia menjadi ahli.

6.3.8 Mengambil bahagian bercakap, mengundi, memilih dan dipilih dalam mana-mana Cawangan atau Bahagian baru yang dimasukinya, kiranya ahli telah menggunakan haknya itu dalam Cawangan atau Bahagian asalnya bagi tahun berkenaan.

FASAL 7[sunting | sunting sumber]

SUSUNAN DAN PENTADBIRAN UMNO

 7.1 Bentuk susunan parti dan pembahagian kuasa adalah seperti berikut:

     7.1.1 PUSAT-Perhimpunan Agung atau waktu ketiadaannya Majlis Tertinggi.

7.1.2 PERHUBUNGAN-Badan Perhubungan Negeri dan Wilayah Persekutuan.

7.1.3 BAHAGIAN-Perwakilan Bahagian atau ketiadaannya Jawatankuasa Bahagian.

7.1.4 CAWANGAN-Persidangan Cawangan atau waktu ketiadaannya Jawatankuasa Cawangan.

FASAL 8[sunting | sunting sumber]

PERHIMPUNAN AGUNG

 8.1 Perhimpunan Agung adalah kuasa tertinggi parti dan perjalanan parti adalah berasaskan kepada kuasa dan perintahnya tertakluk kepada Perlembagaan dan juga Peraturan UMNO.

  8.2 Perhimpunan Agung Tahunan hendaklah diadakan sekali dalam setahun pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi dengan syarat tidak lewat daripada 18 bulan dari tarikh Perhimpunan Agung yang lalu.

  8.3 Tugas-tugas Perhimpunan Agung Tahunan ialah:

     8.3.1 Menentukan dasar-dasar parti.

8.3.2 Mengkaji kerja-kerja Majlis Tertinggi.

8.3.3 Tertakluk kepada Fasal 9.3 memilih Ahli-ahli Majlis Tertinggi.

8.3.4 Memilih Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan melantik Juruaudit untuk tempoh Majlis Tertinggi.

  8.4 Perhimpunan Agung Tahunan hendaklah terdiri daripada:-

     8.4.1 Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.

8.4.2 Ahli-ahli Majlis Tertinggi.

8.4.3 Wakil yang dipilih oleh Perwakilan Tahunan Bahagian sebanyak seorang wakil bagi tiap-tiap lima ratus orang ahli yang telah menjelaskan yuran dengan syarat bilangan wakil-wakil itu tdak lebih daripada tujuh orang dari satu Bahagian termasuk Bahagian yang Jawatankuasanya sedang digantung jika Bahagian itu boleh mengadakan Perwakilan Bahagian dengan sempurna.

8.4.4 Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan Puteri Bahagian yang telah mengadakan Perwakilan Bahagiannya dan telah menjelaskan yuran mengikut peruntukan dalam Perlembagaan. Mereka di atas yang menjadi Ahli Majlis Tertinggi berhak melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Bahagian.

8.4.5 Tidak lebih daripada sepuluh orang wakil Pergerakan Pemuda, sepuluh orang wakil Pergerakan Wanita dan sepuluh orang wakil Pergerakan Puteri yang dipilih oleh Perhimpunan Agung Pergerakan masing-masing.

  8.5 Perhimpunan Agung Khas hendaklah diadakan apabila dikehendaki oleh salah satu daripada tiga permintaan yang berikut:

     8.5.1 Dengan kehendak Presiden.

8.5.2 Dengan permintaan bertulis dari pada dua pertiga Ahli-ahli Majlis Tertinggi.

8.5.3 Dengan permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah semua Bahagian itu telah mengadakan mesyuarat Perwakilan Khas atas masalah yang sama.

  8.6 Mengikut Fasal 8.5.3 di atas Setiausaha Agung hendaklah memanggil Perhimpunan Agung Khas itu. Jika Setiausaha Agung tidak berbuat demikian dalam tempoh empat belas hari selepas tarikh permohonan daripada Bahagian yang terakhir itu diterima maka Perhimpunan Agung Khas itu hendaklah dipanggil oleh Pengerusi Tetap atau Timbalannya dan jika Pengerusi Tetap dan Timbalannya tidak berbuat demikian dalam tempoh dua puluh lapan hari daripada tarikh permohonan asal diterima maka Bahagian-bahagian yang memohon diadakan Perhimpunan Agung Khas itu boleh memanggil Perhimpunan Agung Khas tersebut dengan syarat semua ahli Perwakilan dijemput hadir melalui bahagian.

FASAL 9[sunting | sunting sumber]

MAJLIS TERTINGGI

 9.1 Majlis Tertinggi adalah menjadi badan yang menjalankan pentadbiran hal-ehwal UMNO di bawah kekuasaan dan perintah Perhimpunan Agung dan Majlis Tertinggi adalah berkuasa menjalankan sebarang langkah bagi pihak Perhimpunan Agung pada masa ketiadaannya tetapi segala langkahnya itu hendaklah dimaklumkan kepada Perhimpunan Agung.

  9.2 Majlis Tertinggi hendaklah terdiri daripada:

     9.2.1 Presiden.

9.2.2 Timbalan Presiden.

9.2.3 Enam orang Naib Presiden termasuk Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri.

9.2.4 Setiausaha Agung.

9.2.5 Bendahari.

9.2.6 Ketua Penerangan.

9.2.7 Tidak lebih daripada dua puluh lima orang yang dipilih oleh Perhimpunan Agung.

9.2.8 Tidak lebih daripada dua belas orang yang dilantik oleh Presiden termasuk sekurang-kurangnya seorang dari Pergerakan Pemuda, seorang dari Pergerakan Wanita dan seorang dari Pergerakan Puteri

  9.3 Presiden, Timbalan Presiden, tiga orang Naib Presiden dan dua puluh lima orang Ahli Majlis Tertinggi yang dipilih oleh Perhimpunan Agung tiap-tiap 3 tahun sekali.

  9.4 Ketua dan Naib Ketua Pemuda, Ketua dan Naib Ketua Wanita, Ketua dan Naib Ketua Puteri hendaklah dipilih oleh Perhimpunan Agung tiap-tiap 3 tahun sekali. Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Pergerakan Puteri mempunyai hak-hak dan kuasa-kuasa Naib Presiden.

  9.5 Calon-calon yang bertanding untuk memegang jawatan Majlis Tertinggi hendaklah dinamakan oleh sekurang-kurangnya:

     a) Presiden                        - 30%

b) Timbalan Presiden - 20%

c) Naib Presiden - 10%

d) Ahli-ahli Majlis Tertinggi - 5%

daripada jumlah bahagian yang sah mengikut Fasal 14.5.4

  9.6 Setiausaha Agung, Bendahari dan Ketua Penerangan dilantik oleh Presiden dan memegang jawatan mereka selama tempoh Majlis Tertinggi kecuali mereka berhenti atau diberhentikan

  9.7 Pegawai-pegawai UMNO ialah:

9.7.1 Presiden

9.7.2 Timbalan Presiden

9.7.3 Enam (6) orang Naib Presiden

9.7.4 Setiausaha Agung

9.7.5 Bendahari

9.7.6 Ketua Penerangan

  9.8 Tugas-tugas pegawai dalam Majlis Tertinggi:

     9.8.1 Presiden

  9.8.1.1 Menjadi pemimpin utama dan bertanggungjawab menjaga kesempurnaan perjalanan parti.

9.8.1.2 Melantik Setiausaha Agung, Bendahari dan Ketua Penerangan dan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan.

9.8.1.3 Memanggil dan mempengerusikan sidang Majlis Tertinggi.

9.8.1.4 Melantik tidak lebih daripada dua belas orang Ahli Majlis Tertinggi mengikut Fasal 9.2.8.

9.8.2 Timbalan Presiden

  9.8.2.1 Membantu tugas-tugas Presiden.

9.8.2.2 Mempengerusikan sidang-sidang Majlis Tertinggi semasa ketiadaan Presiden.

9.8.3 Naib-Naib Presiden

  9.8.3.1 Membantu tugas-tugas Presiden.

9.8.3.2 Mempengerusikan sidang-sidang Majlis Tertinggi apabila Presiden dan Timbalan Presiden tidak hadir.

9.8.4 Setiausaha Agung

  9.8.4.1 Bertanggungjawab kepada Presiden.

9.8.4.2 Bertanggungjawab atas kesempurnaan sidang-sidang Majlis Tertinggi dan Perhimpunan Agung.

9.8.4.3 Menyediakan Penyata Tahunan yang menerangkan perkerjaan dan kemajuan parti dalam masa setahun kepada Majlis Tertinggi.

9.8.5 Bendahari

  9.8.5.1 Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Ibu Pejabat.

9.8.5.2 Menyediakan Penyata Kira-Kira Kewangan untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik oleh Perhimpunan Agung.

9.8.5.3 Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan kepada Majlis Tertinggi.

9.8.5.4 Membentangkan Penyata dan butir kira-kira yang diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa Kira-Kira kepada Majlis Tertinggi.

9.8.5.5 Memaklumkan kepada Majlis Tertinggi kedudukan harta benda milik UMNO dan Pemegang Amanah sekurang-kurangnya sekali setahun.

9.8.6 Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan Puteri:

  9.8.6.1 Tugas-tugas Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri ditetapkan oleh peraturannya masing-masing selain daripada tugasnya mengikut Fasal 9.8.3.

9.8.7 Ketua Penerangan

  9.8.7.1 Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan penerangan dan melaporkannya kepada Majlis Tertinggi

9.8.7.2 Mentadbir Jabatan Penerangan di Ibu Pejabat dan menyusun kerja pegawai-pegawai di dalam Jabatan itu

  9.9 Jika Presiden berhenti maka Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan Perhimpunan Agung untuk memilih Presiden baru mengikut Fasal 9.3 dan ia mempunyai kuatkuasa mengikut Fasal 9.8.1.

  9.10 Jika Pemangku Presiden berhenti, Majlis Tertinggi hendaklah memilih salah seorang daripada Naib Presiden memangku jawatan itu sehingga diadakan Perhimpunan Agung memilih Presiden baru mengikut Fasal 9.3 dan ia mempunyai kuatkuasa mengikut Fasal 9.8.1.

  9.11 Jika semua Ahli Majlis Tertinggi berhenti serentak maka Pengerusi Tetap atau Timbalannya hendaklah dalam tempoh tidak lebih daripada enam puluh hari mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi menubuhkan semula Majlis Tertinggi dan Perhimpunan Agung itu hendaklah menetapkan tempoh perkhidmatan Majlis Tertinggi yang baru ditubuhkan itu..

  9.12 Jawatan Ahli-ahli Majlis Tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh dilucutkan atau Majlis Tertinggi dibubarkan oleh Perhimpunan Agung Khas dengan undian tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli yang berhak hadir.

  9.13 Majlis Tertinggi hendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam masa dua bulan, atau

     9.13.1 Pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Presiden atau

9.13.2 Dengan permintaan bertulis oleh satu pertiga daripada Ahli-ahli Majlis Tertinggi.

  9.14 Jika Setiusaha Agung tidak memanggil mesyuarat mengikut Fasal 9.13.2 dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh permohonan itu dibuat maka ahli-ahli yang memohon boleh memanggil mesyuarat itu dengan syarat semua Ahli Majlis Tertinggi dijemput hadir.

  9.15 Satu Perdua daripada bilangan Ahli Majlis Tertinggi adalah menjadi cukup bilang bagi menjalankan mesyuarat.

FASAL 10[sunting | sunting sumber]

TANGGUNGJAWAB MAJLIS TERTINGGI

 10.1 Menjalankan sebarang usaha bersama dengan kumpulan-kumpulan lain atas hal-hal politik atau lain-lain yang sesuai dengan tujuan-tujuan UMNO.

  10.2 Menerima wang yuran tahunan yang dibayar melalui Cawangan dan Bahagian-bahagian yang dibuat mengikut Fasal 25.2 dan Fasal 26.1 dan menentukan tarikh pembayaran yuran mengikut Fasal 25.2 dan 25.3.

  10.3 Memilih calon-calon bagi Pilihan Raya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri setelah berunding dengan Badan Perhubungan bagi Negeri yang berkenaan dan Jawatankuasa Bahagian mengikut peraturan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi.

  10.4 Menunaikan segala syarat-syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966.

  10.5 Membentangkan kepada Perhimpunan Agung suatu Penyata Tahunan dan Penyata Kira-Kira Tahunannya yang telah diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira.

  10.6 Menghantar kepada Bahagian Penyata Tahunan berserta dengan Penyata Kira-Kira sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh Perhimpunan Agung.

  10.7 Menentukan taraf pendaftaran seseorang ahli (mengikut Fasal 5.7), menggantung atau melucutkan keahlian seseorang ahli.

  10.8 Tertakluk kepada kelulusan Pendaftar Pertubuhan, menubuhkan Badan Perhubungan, Bahagian dan Cawangan-cawangan dan menentukan perjalanannya dan boleh menggantung atau membubarkan Badan Perhubungan, Bahagian, Cawangan itu dan/atau Jawatankuasa masing-masing serta menentukan penubuhan semula dan/atau pemilihan Jawatankuasa yang digantung atau dibubarkan itu.

  10.9 Dengan persetujuan dua pertiga daripada bilangan Ahli Majlis Tertinggi, berhak menolak semua sekali Ahli Perwakilan Bahagian yang menghadiri Perhimpunan Agung yang didapati pungutan yuran tidak mengikut Fasal 25.1 dan 25.2.

  10.10 Melucutkan jawatan mana-mana Ahli Badan Perhubungan, Jawatankuasa Bahagian dan Cawangan atas apa-apa sebab sekali pun.

  10.11 Melantik seorang Pegawai Awam.

  10.12 Menentukan perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetapkan tempat menyimpan wang.

  10.13 Melantik Pemegang Amanah dan memberhentikannya pada bila-bila masa jua pun.

  10.14 Menetapkan tarikh Perwakilan Bahagian dan dengan tidak menghiraukan Fasal 15.3, berkuasa menentukan mana-mana satu di antara Perwakilan Bahagian-bahagian yang diadakan itu bagi memilih Jawatankuasanya.

  10.15 Membuat peraturan bagi menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan serta Peraturan untuk melaksana, mengawal dan menyelia pemilihan jawatan-jawatan di semua peringkat dan menubuhkan Jawatankuasa Kecil yang lain.

  10.16 Mengambil sebarang langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut di atas bagi kesempurnaan perjalanan parti.

  10.17 Majlis Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan. Penangguhan ini tidak boleh lebih daripada 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan.

FASAL 11[sunting | sunting sumber]

PEJABAT SETIAUSAHA AGUNG Pejabat Setiausaha Agung adalah menjadi Pejabat Berdaftar, iaitu di Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Kompleks UMNO, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur atau dimana-mana tempat yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 12[sunting | sunting sumber]

BADAN PERHUBUNGAN

 12.1 Badan Perhubungan boleh ditubuhkan oleh Majlis Tertinggi di tiap-tiap Negeri dan Wilayah Persekutuan.

  12.2 Badan Perhubungan terdiri daripada:

     12.2.1 Pengerusi.

12.2.2 Timbalan Pengerusi.

12.2.3 Setiausaha.

12.2.4 Bendahari.

12.2.5 Ketua Penerangan.

12.2.6 Ketua-ketua Bahagian.

12.2.7 2 orang wakil Pergerakan Pemuda Negeri, 2 orang wakil Pergerakan Wanita dan 2 orang wakil Pergerakan Puteri bagi tiap-tiap Negeri dan Wilayah Persekutuan yang dilantik oleh Ketua Pergerakan masing-masing.

  12.3 Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan dilantik oleh Pengerusi dan akan memegang jawatan mereka selama tempoh Majlis Tertinggi kecuali mereka berhenti atau diberhentikan oleh Pengerusi.

  12.4 Timbalan Ketua Bahagian berhak mengambil tempat Ketua Bahagian di Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan jika Ketua Bahagian tidak dapat hadir.

  12.5 Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan hendaklah dilantik oleh Presiden yang mereka memegang jawatan masing-masing selama tempoh Majlis Tertinggi tetapi boleh berhenti atau diberhentikan oleh Presiden pada bila-bila masa.

  12.6 Wakil Majlis Tertinggi boleh hadir dan mengambil bahagian dalam sebarang mesyuarat Badan Perhubungan tetapi tidak boleh mengundi.

  12.7 Badan Perhubungan hendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam masa dua bulan, atau

     12.7.1 Pada bila-bila masa dikehendaki oleh Pengerusi atau

12.7.2 Dengan permintaan bertulis daripada satu pertiga daripada bilangan ahli-ahlinya.

  12.8 Jika Setiausaha tidak memanggil mesyuarat mengikut Fasal 12.7.2 selepas 14 hari daripada tarikh permohonan itu diterima maka ahli-ahli yang memohon itu boleh mengadakan mesyuarat itu dengan syarat semua ahli hendaklah dijemput hadir.

  12.9 Satu perdua daripada bilangan Ahli Badan Perhubungan adalah menjadi cukup bilang menjalankan mesyuaratnya.

  12.10 Badan Perhubungan hendaklah mengadakan konvensyen di peringkat Negeri dan Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya sekali setahun mengandungi wakil-wakil daripada Bahagian-bahagian. Majlis Tertinggi berkuasa menentukan syarat-syarat dan lain-lain perkara berhubung dengan Konvensyen itu.

  12.11 Di dalam tiap-tiap Mesyuarat Badan Perhubungan jika Pengerusi dan Timbalannya tidak hadir maka salah seorang daripada ahli yang hadir itu boleh dipilih menjadi Pengerusi.

  12.12 Tugas-tugas Pegawai Badan Perhubungan:

     12.12.1 Pengerusi.

  12.12.1.1 Melantik Setiausaha, Ketua Penerangan dan Bendahari.

12.12.1.2 Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan.

12.12.1.3 Bertanggungjawab atas semua anggota Pejabat Badan Perhubungan.

12.12.2 Timblan Pengerusi.

  12.12.2.1 Membantu tugas-tugas Pengerusi.

12.12.2.2 Mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan apabila Pengerusi tidak hadir.

12.12.3 Setiausaha.

  12.12.3.1 Bertanggungjawab secara langsung kepada Pengerusi.

12.12.3.2 Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat dan Pejabat Perhubungan.

12.12.3.3 Memanggil Mesyuarat mengikut Fasal 12.7.

12.12.4 Bendahari.

  12.12.4.1 Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan.

12.12.4.2 Membentangkan laporan kewangan kepada Badan Perhubungan.

12.12.4.3 Memaklumkan kepada Badan Perhubungan kedudukan harta benda milik UMNO dan Pemegang Amanah sekurang-sekurangnya sekali setahun.

12.12.5 Ketua Penerangan.

  12.12.5.1 Bertanggungjawab atas penerangan dan penyiaran.

12.12.5.2 Melaporkan kepada Badan Perhubungan atas kerja-kerja penerangan di peringkat Negeri.

  12.13 Tanggungan, kuasa dan kewajipan Badan Perhubungan ialah:

     12.13.1 Mengatur dan menyelaraskan perjalanan Bahagian-bahagian sesebuah Negeri dan Wilayah Persekutuan.

12.13.2 Memilih ahli-ahli bagi mewakili parti di dalam sebarang kumpulan atau Lembaga di Peringkat Negeri dan Wilayah Persekutuan.

12.13.3 Menentukan perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetapkan tempat menyimpan wang.

12.13.4 Melantik Pemegang Amanah dan memberhentikan pada bila-bila masa pun.

12.13.5 Manunaikan segala syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966.

12.13.6 Menyelesaikan sebarang masalah yang berbangkit di dalam Bahagian dan Cawangan dengan kehendak Majlis Tertinggi.

12.13.7 Membentangkan Penyata Tahunan serta Penyata Kira-kira wang tahunannya yang telah diperiksa dan di sahkan oleh Pemeriksa Kira-kira pada Majlis Tertinggi.

FASAL 13[sunting | sunting sumber]

PEJABAT SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN Pejabat Setiausaha Badan Perhubungan itu hendaklah ditempatkan di pusat pentadbiran UMNO Negeri itu atau di mana-mana juga tempat yang ditentukan oleh Badan Perhubungan Negeri dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 14[sunting | sunting sumber]

BAHAGIAN

 14.1 Majlis Tertinggi berkuasa menubuhkan sebuah Bahagian di setiap kawasan Pilihan Raya Dewan Rakyat.

  14.2 Tertakluk kepada Perlembagaan dan Peraturan Persidangan UMNO, perjalanan Bahagian adalah berasakan pada kuasa dan perintah Perwakilan Bahagian.

  14.3 Perwakilan Bahagian hendaklah diadakan sekali setahun tidak kurang daripada 60 hari sebelum tarikh diadakan Perhimpunan Agung. Kelonggaran boleh diberikan oleh Majlis Tertinggi tertakluk kepada Fasal 10.14.

  14.4 Perwakilan Bahagian hendaklah terdiri daripada:

     14.4.1 Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.

14.4.2 Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian.

14.4.3 Ketua Cawangan yang Cawangannya telah mengadakan persidangan dan telah menjelaskan yuran kepada Bahagian bagi tahun berkenaan. Ketua Cawangan yang menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian berhak melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Cawangan.

14.4.4 Wakil-wakil yang dilantik oleh Persidangan Cawangan sebanyak seorang wakil bagi tiap-tiap lima puluh orang ahli yang telah menjelaskan yurannya mengikut Fasal 25.1 dan 25.2, tetapi jumlah Ahli Perwakilan itu tidak lebih daripada lima orang dari satu Cawangan.

14.4.5 Cawangan-cawangan yang dicadangkan oleh Bahagian untuk digantung atau dibubarkan dan Jawatankuasa Cawangan yang telah digantung oleh Majlis Tertinggi boleh menghantar wakil jika Cawangan itu dapat mengadakan Persidangan dengan sempurna.

14.4.6 Tidak lebih daripada sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Pemuda, sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Wanita dan (10) orang wakil Pergerakan Puteri yang dipilih oleh Perwakilan Bahagiannya masing-masing.

  14.5 Tugas-tugas Perwakilan Bahagian ialah:

     14.5.1 Memilih Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian tertakluk kepada Fasal 15.3.

14.5.2 Memilih wakil-wakil Bahagian ke Perhimpunan Agung. Wakil-wakil yang tidak dipilih dalam Perwakilan Bahagian atau sebarang pertukaran selepas itu tidak sah. Mana-mana wakil yang tidak dapat hadir tidak boleh melantik gantinya.

14.5.3 Membincangkan dasar-dasar parti untuk dikemukakan dalam Perhimpunan Agung.

14.5.4 Mencadangkan calon-calon untuk bertanding menjadi Ahli Majlis Tertinggi.

14.5.5 Memilih Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan 2 orang Pemeriksa Kira-kira mengikut Fasal 28.2.

  14.6 Perwakilan Khas Bahagian hendaklah diadakan apabila dikehendaki oleh salah satu daripada permintaan berikut:

     14.6.1 Dengan permintaan bertulis daripada sekurang-kurangnya dua pertiga daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian.

14.6.2 Dengan permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah semua Cawangan dengan syarat Cawangan-cawangan itu telah mengadakan Persidangan Khasnya atas masalah yang sama.

14.6.3 Dengan kehendak Majlis Tertinggi.

  14.7 Setiausaha Bahagian hendaklah memanggil Perwakilan Khas Bahagian itu. Jika Setiausaha Bahagian tidak berbuat demikian dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh permohonan cawangan yang terakhir itu diterima maka Perwakilan Khas Bahagian itu hendaklah dipanggil oleh Majlis Tertinggi.

  14.8 Perwakilan khas bahagian itu hendaklah diadakan mengikut kaedah Perwakilan Bahagian dan ahli-ahli yang hadir dalam Perwakilan Bahagian bagi tahun yang baru lalu sahaja boleh hadir kecuali jika Persidangan Khas Cawangan itu menggantikannya dengan ahli yang lain.

FASAL 15[sunting | sunting sumber]

JAWATANKUASA BAHAGIAN

 15.1 Jawatankuasa Bahagian hendaklah terdiri daripada:

     15.1.1 Ketua.

15.1.2 Timbalan Ketua.

15.1.3 Empat orang Naib Ketua termasuk Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri

15.1.4 Setiausaha.

15.1.5 Bendahari.

15.1.6 Ketua Penerangan.

15.1.7 Tidak lebih daripada dua puluh (20) orang yang dipilih oleh Perwakilan Bahagian.

15.1.8 Tidak lebih daripada tujuh (7) orang yang dilantik oleh Ketua termasuk sekurang-kurang seorang dari Pergerakan Pemuda, seorang dari Pergerakan Wanita dan seseorang dari Pergerakan Puteri.

  15.2 Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Bahagian tersebut yang bukan dipilih atau dilantik mengikut Fasal 15.1 berhak menghadiri tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Bahagian sebagai ahli tetapi tidak boleh mengundi.

  15.3 Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Puteri dan Ahli-ahli Jawatankuasa mengikut Fasal 15.1.7, hendaklah dipilih tiap-tiap tiga tahun sekali. Walau bagaimanapun Majlis Tertinggi boleh menangguhkan pemilihan bagi suatu tempoh yang tidak lebih daripada 18 bulan daripada tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan mengikut Fasal 10.17.

  15.4 Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan ahli yang dilantik oleh Ketua Bahagian akan memegang jawatan mereka selama tempoh Jawatankuasa Bahagian yang berkenaan kecuali mereka berhenti atau diberhentikan oleh Ketua Bahagian.

  15.5 Calon-calon yang bertanding untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa Bahagian hendaklah dinamakan oleh sekurang-kurangnya:

a) Ketua - 20%

b) Timbalan Ketua - 15%

c) Naib - 10%

d) Ahli Jawatankuasa - 2 Cawangan

daripada jumalah Cawangan yang sah dalam Bahagian mengikut Fasal 17.5.7 kecuali apabila mana-mana Bahagian di mana Cawangannya melebihi 150 Cawangan mencukupilah seorang calon itu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 30 Cawangan bagi Ketua dan 20 Cawangan bagi Timbalan Ketua 10 Cawangan bagi Naib Ketua

  15.6 Jawatan Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian tidak menjadi kosong disebabkan seseorang ahli itu dilantik menjadi pegawai mengikut Fasal 15.4.

  15.7 Jika Ketua Bahagian berhenti atau diberhentikan maka Timbalan Ketua akan memangku jawatan itu dan jika Pemangku Ketua berhenti atau diberhentikan maka Jawatankuasa bolehlah melantik salah seorang daripada Naib Ketua memangku jawatan itu atau melantik salah seorang Ahli Jawatankuasa jika ketiadaan Naib Ketua untuk memangku Jawatan itu sehingga diadakan Perwakilan Bahagian mengikut Fasal 15.3.

  15.8 Jika semua Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian berhenti serentak maka Majlis Tertinggi akan mengadakan Perwakilan Khas Bahagian untuk menubuhkan semula Jawatankuasa Bahagian itu dan menentukan tempoh perkhidmatannya.

  15.9 Jawatankuasa Bahagian hendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua bulan atau.

     15.9.1 Pada bila-bila masa lain yang dikehendaki oleh Ketua atau

15.9.2 Dengan permintaan bertulis oleh satu pertiga daripada Ahli-ahli Jawatankuasa

  15.10 Jika Setiausaha Bahagian tidak memanggil mesyuarat mengikut Fasal 15.9.2 dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh permohonan itu dibuat, maka ahli-ahli yang memohon boleh memanggil mesyuarat itu dengan syarat semua Ahli Jawatankuasa Bahagian dijemput hadir.

  15.11 Satu perdua daripada Ahli-ahli Jawatankuasa adalah menjadi cukup bilang bagi menjalankan mesyuarat.

  15.12 Tugas-tugas Pegawai dan Jawatankuasa Bahagian:

     15.12.1 Ketua Bahagian.

  15.12.1.1 Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan Bahagian dan Cawangan di dalam Bahagian.

15.12.1.2 Bertanggungjawab atas semua pegawai dan anggota pejabat Bahagian.

15.12.1.3 Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bahagian.

15.12.1.4 Melantik Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan tugas mereka.

15.12.1.5 Melantik 7 orang Ahli Jawatankuasa Bahagian.

15.12.2 Timbalan Ketua.

  15.12.2.1 Membantu tugas-tugas Ketua Bahagian.

15.12.2.2 Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bahagian apabila Ketua Bahagian tidak hadir.

15.12.3 Naib Ketua.

  15.12.3.1 Membantu tugas-tugas Ketua Bahagian.

15.12.3.2 Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bahagian apabila Ketua dan Timbalannya tidak hadir.

15.12.4 Setiausaha.

  15.12.4.1 Bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Bahagian.

15.12.4.2 Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Bahagian dan Perwakilan Bahagian.

15.12.4.3 Menyediakan Penyata Tahunan UMNO Bahagian.

15.12.5 Bendahari.

  15.12.5.1 Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Bahagian itu.

15.12.5.2 Menyediakan dan membentangkan Penyata Kewangan Tahunan yang disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira kepada Jawatankuasa Bahagian.

15.12.5.3 Memaklumkan kepada Jawatankuasa Bahagian kedudukan harta benda milik UMNO Bahagian dan pemegang Amanah sekurang-kurangnya sekali setahun.

15.12.6 Ketua Penerangan.

  15.12.6.1 Menjalankan tugas penerangan di peringkat Bahagian dan

15.12.6.2 Melaporkan kepada Bahagian akan tugas-tugas tersebut.

     15.12.7 Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri:

        15.12.7.1 Tugas-tugas Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri adalah seperti yang telah ditetapkan oleh Peraturan-peraturannya. 

  15.13 Tanggungan, kuasa dan kewajipan Jawatankuasa Bahagian ialah:-

     15.13.1 Mencadangkan calon-calon pilihan raya, wakil-wakil parti bagi menganggotai Majlis Bandar Raya, Perbandaran, Bandaran Tempatan dan Daerah.

15.13.2 Mengawasi perjalanan dan menyelesaikan masalah Cawangan.

15.13.3 Membentangkan Penyata Tahunan serta Penyata Kira-kira yang telah disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira kepada Perwakilan Bahagian.

15.13.4 Hendaklah menerima wang yuran tahunan yang dibayar oleh Cawangan-cawangan

15.13.5 Menghantar kepada Setiausaha Agung, Penyata Tahunan Bahagian dan Penyata Kira-kira yang telah dibentangkan dalam Perwakilan Bahagian.

15.13.6 Menetapkan tarikh Persidangan Cawangan setelah berunding dengan Jawatankuasa Cawangan.

15.13.7 Menunaikan segala syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966.

15.13.8 Dengan persetujuan dua pertiga daripada Ahli Jawatankuasa Bahagian, berhak menolak semua sekali Ahli Perwakilan Cawangan yang didapati membayar yuran ahli-ahlinya tidak mengikut kehendak Fasal 25.1 dan 25.2.

15.13.9 Berkerjasama dengan Majlis Tertinggi dan Cawangan bagi menyediakan senarai ahli-ahli yang berhak mengambil bahagian dalam Persidangan Cawangan.

15.13.10 Menentukan perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetap tempat menyimpan wang.

15.13.11 Melantik Pemegang Amanah dan memberhentikannya pada bila-bila jua masa pun.

FASAL 16[sunting | sunting sumber]

PEJABAT SETIAUSAHA BAHAGIAN Pejabat Setiausaha Bahagian itu bolehlah ditempatkan dimana-mana jua tempat yang ditentukan oleh Jawatankuasa Bahagian itu dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 17[sunting | sunting sumber]

CAWANGAN

 17.1 Majlis Tertinggi berkuasa menubuh, menggantung dan membubarkan Cawangan setelah terlebih dahulu berunding dan merujuk kepada Jawatankuasa Bahagian berkenaan.

  17.2 Tertakluk kepada Perlembagaan dan Peraturan Persidangan UMNO, perjalanan Cawangan adalah berasakan kepada kuasa dan perintah Persidangan Cawangan.

  17.3 Tertakluk kepada Fasal 15.13.6 Persidangan Cawangan hendaklah diadakan setahun sekali tetapi tidak lewat daripada empat belas hari sebelum tarikh diadakan Perwakilan Bahagian.

  17.4 Persidangan Cawangan hendaklah terdiri daripada:

     17.4.1 Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.

17.4.2 Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan.

17.4.3 Ahli-ahli UMNO yang telah menjelaskan yuran tahunannya mengikut Fasal 25.1 dan 25.2 Perlembagaan UMNO.

  17.5 Tugas-tugas Persidangan Cawangan ialah:

     17.5.1 Membincangkan dasar parti untuk dikemukakan kepada mesyuarat Perwakilan Bahagian.

17.5.2 Mengkaji kerja-kerja yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Cawangan.

17.5.3 Mengadakan rancangan-rancangan kerja untuk faedah rakyat.

17.5.4 Memilih Ahli-ahli Jawatankuasa tertakluk kepada Fasal 18.2.

17.5.5 Memilih Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan dua orang Pemeriksa Kira-Kira mengikut Fasal 28.2.

17.5.6 Memilih wakil-wakil ke Perwakilan Bahagian. Wakil-wakil yang tidak dipilih di dalam Persidangan Cawangan atau sebarang pertukaran selepas itu tidak sah.

17.5.7 Mencadangkan calon-calon untuk bertanding menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian.

17.5.8 Tertakluk kepada Fasal 8.4.3 mencadangkan 7 nama untuk dipilih sebagai wakil UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO.

  17.6 Persidangan Khas Cawangan hendaklah diadakan dengan permintaan bertulis daripada satu perdua jumlah ahli-ahli. Jika Setiausaha tidak memanggil Persidangan Khas Cawangan itu dalam tempoh empat belas hari maka Persidangan Khas Cawangan itu hendaklah dipanggil oleh Jawatankuasa Bahagian.

FASAL 18[sunting | sunting sumber]

JAWATANKUASA CAWANGAN

 18.1 Jawatankuasa Cawangan hendaklah terdiri daripada:

     18.1.1 Ketua.

18.1.2 Timbalan Ketua.

18.1.3 Ketua-Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri.

18.1.4 Setiausaha.

18.1.5 Bendahari.

18.1.6 Ketua Penerangan.

18.1.7 Tidak lebih daripada lima belas (15) orang yang dipilih oleh Persidangan.

18.1.8 Tidak lebih dari lima (5) orang ahli yang dilantik oleh Ketua Cawangan termasuk sekurang-kurangnya seorang dari Pemuda, Wanita dan Puteri.

  18.2 Ketua,Timbalan, Ketua,dan lima belas (15) Ahli-Ahli Jawatankuasa Cawangan seperti 18.1.7 hendaklah dipilih tiap-tiap tiga (3) tahun sekali oleh Persidangan Cawangan.Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri akan dipilih oleh Persidangan Pergerakan masing-masing tiap-tiap tiga (3) tahun sekali. Walau bagaimanapun Majlis Tertinggi boleh menangguhkan pemilihan bagi suatu tempoh tidak lebih daripada 18 bulan daripada tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan mengikut Fasal 10.17.

  18.3 Setiausaha,Bendahari dan Ketua Penerangan dan tidak lebih dari lima (5) orang ahli yang dilantik menikut Fasal 18.1.8. dilantik oleh Ketua Cawangan dan akan memegang jawatan mereka selama tempoh Jawatankuasa Cawangan yang berkenaan kecuali mereka berhenti atau diberhentikan oleh Ketua Cawangan.

  18.4 Jawatan Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan tidak menjadi kosong disebabkan seseorang ahli itu telah dilantik menjadi Pegawai mengikut Fasal 18.3.

  18.5 Jawatankuasa Cawangan hendaklah bersidang sekurang-kurangnya dua bulan sekali, atau

     18.5.1 Pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Ketua atau

18.5.2 Dengan permintaan bersurat daripada satu pertiga Ahli Jawatankuasa Cawangan.

  18.6 Jika Setiausaha tidak memanggil mesyuarat mengikut fasal 18.5.2. dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh permohonan itu dibuat maka ahli yang memohon boleh memanggil mesyuarat itu dengan syarat semua Ahli Jawatankuasa Cawangan dijemput hadir.

  18.7 Satu perdua daripada Ahli Jawatankuasa adalah menjadi cukup bilang bagi menjalankan mesyuarat.

  18.8 Sekiranya seseorang Ahli Jawatankuasa yang dipilih tiada lagi memegang jawatannya maka jawatan itu tidak boleh diganti.

  18.9 Jika Ketua Cawangan berhenti atau diberhentikan maka Timbalan Ketua akan memangku jawatan itu dan jika Pemangku Ketua itu berhenti atau diberhentikan maka salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa boleh dilantik memangku jawatan itu.

  18.10 Jika Ketua dan Timbalan tidak hadir di dalam Mesyuarat Jawatankuasa maka salah seorang daripada ahli-ahli yang hadir itu boleh dilantik menjadi Pengerusi.

  18.11 Tugas-tugas Pegawai Cawangan:

     18.11.1 Ketua:

  18.11.1.1 Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan Cawangannya.

18.11.1.2 Melantik Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan Cawangan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan tugas mereka.

18.11.1.3 Bertanggungjawab atas semua pegawai dan anggota Pejabat Cawangan.

18.11.1.4 Memanggil dan mempengerusikan sidang-sidang Jawatankuasa Cawangan.

18.11.1.5 Melantik lima (5) orang Ahli Jawatankuasa Cawangan mengikut Fasal 18.1.8.

18.11.2 Timbalan Ketua:

  18.11.2.1 Membantu tugas-tugas Ketua Cawangan.

18.11.2.2 Mempengerusikan sidang-sidang Jawatankuasa Cawangan apabila Ketua Cawangan tidak hadir.

18.11.3 Setiausaha:

  18.11.3.1 Bertanggungjawab secara lansung kepada Ketua Cawangan.

18.11.3.2 Mentadbirkan perjalanan Pejabat Cawangan dan menjadi Pegawai Awam.

18.11.3.3 Melaporkan kepada Ketua Cawangan segala tindakan yang diambil berhubung dengan pentadbiran Pejabat Cawangan.

18.11.3.4 Bertanggungjawab atas kesempurnaan sidang-sidang Jawatankuasa Cawangan dan Persidangan Cawangan.

18.11.3.5 Menyediakan Penyata Tahunan Cawangan.

18.11.3.6 Memanggil mesyuarat mengikut Fasal 18.5

18.11.4 Bendahari:

  18.11.4.1 Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Cawangan.

18.11.4.2 Menyediakan dan membentangkan Penyata Kira-Kira Kewangan Tahunan yang telah disahkan oleh Pemeriksa Kira-Kira Jawatankuasa Cawangan.

18.11.4.3 Memaklumkan kepada Jawatankuasa Cawangan kedudukan harta benda milik UMNO dan Pemegang Amanah sekurang-kurangnya sekali setahun.

18.11.5 Ketua Penerangan:

  18.11.5.1 Mentadbirkan dan menyusun rancangan-rancangan penerangan dan penyiaran yang dikelolakan oleh Cawangan.

18.11.5.2 Bertanggungjawab atas penerangan dan penyiaran yang dikelolakan oleh Cawangan.

18.11.5.3 Melaporkan kepada Jawatankuasa Cawangan atas kerja-kerja penerangan UMNO yang dijalankan dalan Cawangan itu.

18.11.6 Ketua-ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri:

 18.11.6.1 Tugas-tugas Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri adalah seperti yang telah ditetapkan oleh Peraturannya-peraturannya. 

  18.12 Tugas-tugas Jawatankuasa Cawangan ialah:

     18.12.1 Menjalankan arahan-arahan parti seperti yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi dan Jawatankuasa Bahagian.

18.12.2 Menyemai perasaan persaudaraan dan menggalakkan bantuan sesama sendiri di kalangan ahli-ahli parti.

18.12.3 Hendaklah menerima wang yuran tahunan yang dibayar oleh ahli-ahli.

18.12.4 Mengkaji dan memanjangkan permohonan untuk menjadi ahli kepada Majlis Tertinggi melalui Jawatankuasa Bahagian.

18.12.5 Membentangkan kepada Persidangan Cawangan Penyata Tahunan dan Penyata Kira-Kira yang telah diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira.

18.12.6 Menunaikan segala syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966.

18.12.7 Menghantarkan kepada Ahli-ahlinya Penyata Kira-Kira sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh diadakan Persidangan Cawangan

18.12.8 Mencadangkan pemecatan atau penggantungan keahlian seseorang ahli kepada Majlis Tertinggi melalui Bahagian.

18.12.9 Menentukan perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetapkan tempat menyimpan wang.

18.12.10 Melantik Pemegang Amanah dan memberhentikannya pada bila-bila masa pun.

18.12.11 Meluluskan permohonan mendaftar menjadi ahli dan melaporkannya kepada Jawatankuasa Bahagian dan Majlis Tertinggi.

FASAL 19[sunting | sunting sumber]

PEJABAT SETIAUSAHA CAWANGAN Pejabat Setiausaha bolehlah ditempatkan di mana-mana yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Cawangan dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 20[sunting | sunting sumber]

DISIPLIN

 20.1 Majlis Tertinggi berkuasa menubuhkan Lembaga Disiplin dan menentukan peraturan-peraturan, kuasa-kuasanya dan mengenakan hukuman kerana melanggar peruntukan perlembagaan ini dan kesalahan lain yang disenaraikan di dalam Tataetika Ahli UMNO atau mana-mana peraturan lain.

  20.2 Ahli-ahli Lembaga Disiplin hendaklah dilantik oleh Majlis Tertinggi yang terdiri dari ahli-ahli yang tidak berjawatan dalam parti dan tidak mempunyai kepentingan dalam pemilihan.

  20.3 Majlis Tertinggi boleh menurunkan kuasa disiplin kepada mana-mana Jawatankuasa di peringkat Perhubungan Negeri atau Bahagian.

  20.4 Tanpa menyentuh hak Majlis Tertinggi, Lembaga Disiplin di peringkat Badan Perhubungan Negeri atau Bahagian, setelah mendengar dan berpuas hati terhadap pelanggaran peruntukan Perlembagaan ini atau Tataetika Ahli UMNO, bolehlah mengenakan mana-mana hukuman setakat yang diperturunkan kuasa oleh Majlis Tertinggi.

  20.5 Tiap-tiap peringkat parti hendaklah melaporkan kepada Lembaga Disiplin mengenai kegiatan mana-mana ahli yang didapati melanggar disiplin parti untuk tindakan selanjutnya.

  20.6 Seseorang ahli atau pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan disiplin yang dikenakan keatasnya boleh merayu kepada Majlis Tetinggi.

  20.7 Seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan parti maka keahliannya di dalam parti gugur dengan sendirinya.

  20.8 Semua ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan:

     (a) Patuh kepada Perlembagaan ini dan Tataetika Ahli;

(b) Mengikut perintah-perintah parti;

(c) Menjalankan dasar-dasar parti;

(d) Patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti;

(e) Menjaga rahsia-rahsia parti;

(f) Memelihara nama baik dan maruah parti;

(g) Senantiasa menunjukkan tatalaku yang sopan lagi tertib.

  20.9 Mana-mana ahli yang melanggar peruntukan Perlembagaan ini atau Tataetika Ahli UMNO boleh dikenakan mana-mana hukuman yang tersebut dibawah:

(a) Diberi amaran;

(b) Digantung hak-haknya dalam parti;

(c) Dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri atau Umum bagi mana-mana tempoh yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi;

(d) Dipecat daripada parti;

(e) Dikenakan lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras dengan Perlembagaan ini.

  20.10 Seseorang ahli yang bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan dalam pilihan raya akan dipecat daripada parti dan tidak boleh diterima balik sebagai ahli selama-lamanya.

  20.11 Ahli-ahli yang telah dikenakan hukuman, kecuali yang dikenakan hukuman dibawah Fasal 20.10 boleh membuat rayaun supaya:

     20.11.1 Menarik balik penggantungan keahliannya selepas 2 tahun daripada tarikh ia dihukum.

20.11.2 Menarik balik pemecatan keahliannya selepas 3 tahun daripada tarikh ia dihukum.

  20.12 Majlis Tertinggi berkuasa penuh membuat kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan berkaitan dengan Tataetika Ahli UMNO, yang di antara lain melarang penyalahgunaan kuasa dan wang dengan tujuan mendapat undi atau sokongan atau untuk mempengaruhi mana-mana pemilihan bagi pihak sendiri atau bagi pihak lain atau supaya jangan mengundi mana-mana orang dalam mana-mana pemilihan parti.

FASAL 21[sunting | sunting sumber]

PERGERAKAN PEMUDA, PERGERAKAN WANITA DAN PERGERAKAN PUTERI

 21.1 Pergerakan Pemuda, Pergerakan Wanita dan Pergerakan Puteri dalam semua peringkat UMNO boleh diwujudkan dan Majlis Tertinggi berkuasa membuat peraturan-peraturan untuknya.

FASAL 22[sunting | sunting sumber]

LENCANA DAN LAMBANG UMNO

 22.1 Majlis Tertinggi boleh mengadakan lencana dan lambang bagi ahli.

  22.2 Lencana dan lambang itu hanya boleh dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung.

  22.3 Bentuk lencana UMNO adalah sebagaimana bentuk bendera UMNO menurut Fasal 23.1 dengan ditambah huruf-huruf ringkas UMNO dalam tulisan jawi di penjuru sebelah atas kanan dan perkataan UMNO di penjuru sebelah bawah kiri.

  22.4 Bentuk lambing UMNO adalah dari ringkasaan perkataan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dalam huruf jawi yang disusun secara vertical (dari atas ke bawah) dan digrafikkan secara simitrikal.

  22.5 Majlis Tertinggi berkuasa membuat sebarang peraturan berkenaan dengan lencana dan lambang itu.

FASAL 23[sunting | sunting sumber]

BENDERA UMNO

 23.1 Rupa bendera UMNO adalah sebagaimana di bawah ini:

        Warna merah terletak di atas warna putih sama lebarnya dan satu bulatan berwarna kuning terletak ditengah-tengah bendera itu dan di tengah-tengah bulatan itu terletak rupa sebilah keris Melayu terhunus berwarna hijau dan hulunya menghala ke penjuru di sebelah atas kiri bendera.

  23.2 Majlis Tertinggi adalah berkuasa membuat sebarang peraturan atas penggunaan bendera itu.

  23.3 Sebarang perubahan bentuk atau corak bendera, hendaklah dipersetujukan oleh Perhimpunan Agung.

FASAL 24[sunting | sunting sumber]

PUNCA PENDAPATAN

 24.1 Kewangan UMNO adalah diperolehi dari:

     24.1.1 Wang pendaftaran dan Yuran,

24.1.2 Derma-derma dan

24.1.3 Ikhtiar-ikhtiar lain di semua peringkat dipersetujukan oleh Majlis Tertinggi.

  24.2 Tahun Kewangan UMNO ialah dari 1hb. Januari hingga 31hb. Disember.

  24.3 Pejabat Setiausaha Cawangan, Bahagian dan Perhubungan hendaklah menghantar ke Pejabat Setiausaha Agung, Penyata Kira-Kira bagi sesuatu tahun kewangan yang telah diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira.

FASAL 25[sunting | sunting sumber]

YURAN UMNO

 25.1 Tiap-tiap ahli biasa hendaklah membayar dengan wangnya sendiri kepada Ibu Pejabat melalui Cawangan dan Bahagian seringgit (RM1) bagi Wang Pendaftaran dan seringgit (RM1) bagi yuran tahunan atau satu ratus ringgit (RM100) bagi yuran seumur hidup.

  25.2 Yuran yang telah ditetapkan mengikut Fasal 25.1 di atas hendaklah dijelaskan tidak lewat daripada tarikh mengikut Fasal 24.2 atau satu tarikh yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi melainkan ia dibayar seumur hidup.

  25.3 Bagi ahli-ahli yang membayar yuran tiap-tiap tahun, tarikh pembayaran yuran Cawangan kepada Bahagian dan Bahagian ke Ibu Pejabat adalah ditetapkan oleh Majlis Tertinggi.

FASAL 26[sunting | sunting sumber]

CARA MENYIMPAN DAN MENGGUNAKAN WANG UMNO

 26.1 Tertakluk kepada Fasal 26.6 Badan Perhubungan, Jawatankuasa Bahagian dan Jawatankuasa Cawangan boleh menentukan cara-cara mengutip, menyimpan dan menggunakan wang UMNO di peringkat masing-masing.

  26.2 Wang UMNO, kecuali wang tunai dalam tangan hendaklah disimpan dalam Bank Perdagangan atau Bank Simpanan.

  26.3 Cek-cek dan borang-borang mengeluarkan wang dari Bank hendaklah ditandatangani oleh sekurang-kurangnya dua orang ahli di peringkat masing-masing.

  26.4 Majlis Tertinggi berhak dan berkuasa di atas semua wang dan harta benda Badan Perhubungan dan Bahagian-bahagian yang termasuk di dalam Badan-badan Perhubungan yang telah dibubarkan.

  26.5 Jawatankuasa Bahagian adalah berhak di atas semua harta benda, wang tunai di tangan ataupun wang simpanan dalam Bank atau simpanan di bank bagi sesebuah Cawangan yang telah dibubarkan.

  26.6 Majlis Tertinggi berkuasa membuat sebarang peraturan berkenaan dengan kewangan UMNO bagi semua peringkat.

FASAL 27[sunting | sunting sumber]

HARTA ALIH DAN TAK ALIH

 27.1 Tiap-tiap harta tak alih, iaitu tanah dan bangunan kepunyaan Ibu Pejabat UMNO hendaklah didaftar atas nama UMNO dan harta tak alih kepuyaan Badan Perhubungan, Bahagian dan Cawangan bolehlah didaftar atas namanya masing-masing.

  27.2 Tiap-tiap harta alih hendaklah dipegang dan didaftarkan atas nama Pemegang Amanah. Majlis Tertinggi dan peringkat-peringkat lain boleh melantik mana-mana ahli atau syarikat sebagai Pemegang Amanah dan mereka boleh diberhentikan pada bila-bila masa jua pun.

  27.3 Kuasa untuk menentukan UMNO membeli, mencagar (bagi faedah sendiri atau pihak lain), menjual, memindah, memajak atau menyewa harta benda atau bangunan adalah terletak kepada Majlis Tertinggi dan bagi harta benda tak alih kepuyaan Badan Perhubungan, Bahagian dan Cawangan, kuasa yang sama adalah terletak kepada Jawatankuasa masing-masing.

  27.4 Majlis Tertinggi berkuasa membuat peraturan untuk melaksanakan tujuan Fasal 27 ini dan untuk memindahkan nama pemilik berdaftar bagi harta tersebut kepada oihak-pihak yang diberi kuasa memilikinya oleh Fasal 27.1.

FASAL 28[sunting | sunting sumber]

PEMERIKSAAN KIRA-KIRA

 28.1 Perhimpunan Agung Tahunan hendaklah melantik sebuah Syarikat Juruaudit yang diakui oleh Kerajaan untuk memeriksa kira-kira wang dan harta parti.

  28.2 Mesyuarat Badan Perhubungan, Perwakilan Bahagian hendaklah memilih dua orang menjadi Pemeriksa Kira-kira bagi memeriksa kira-kira Badan Perhubungan, Bahgian dan Cawangan masing-masing.

  28.3 Majlis Tertinggi, Badan Perhubungan, Jawatankuasa Bahagian dan Jawatankuasa Cawangan hendaklah memilih Pemeriksa Kira-kira menggantikan Pemeriksa Kira-kira yang dipilih oleh peringkat masing-masing jika mereka menarik diri.

  28.4 Majlis Tertinggi berkuasa pada bila-bila masa menjalankan pemeriksaan kira-kira wang dan harta Badan Perhubungan, Bahagian dan Cawangan dan Bahagian berkuasa memeriksa kira-kira wang dan harta Cawangan.

  28.5 Majlis Tertinggi berkuasa membuat sebarang peraturan mengenai wang Badan Perhubungan, Bahagian dan Cawangan.

FASAL 29[sunting | sunting sumber]

PERATURAN PERSIDANGAN

 29.1 Majlis Tertinggi berkuasa membuat sebarang Peraturan Persidangan Perhimpunan Agung yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

  29.2 Peraturan Persidangan Perhimpunan Agung hendaklah dipakai untuk persidangan-persidangan parti di semua peringkat.

FASAL 30[sunting | sunting sumber]

MEMINDA PERLEMBAGAAN

 30.1 Perlembagaan ini atau sebarang bahagian daripadanya boleh dipinda atau dimansuhkan dengan ketepatan yang dipersetujui oleh tidak kurang daripada dua pertiga ahli-ahli yang berhak hadir dalam Perhimpunan Agung Khas dan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh dua puluh lapan hari dari tarikh keputusan meminda Perlembagaan itu diluluskan.

  30.2 Cadangan-cadangan pindaan kepada Perlembagaan yang dikemukakan oleh Majlis Tertinggi boleh dipinda oleh Ahli-ahli Persidangan Perhimpunan Agung Khas dengan syarat hendaklah dibuat dengan bertulis kepada Setiausaha Agung, 14 hari sebelum Perhimpunan Agung diadakan.

  Bahagian-bahagian boleh mencadangkan pindaan kepada Perlembagaan dengan syarat mengikut Fasal 8.5.3.

FASAL 31[sunting | sunting sumber]

KUASA SEMENTARA MENGELOLAKAN UMNO Perlembagaan ini berjalan kuatkuasanya daripada tarikh yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan akan tetapi sebarang perbuatan atau pekerjaan yang telah diperbuat oleh UMNO terlebih dahulu daripada Perlembagaan ini diluluskan adalah sah sekalipun perbuatan dan pekerjaan itu tidak sesuai atau tidak mengikut kehendak Perlembagaan.

FASAL 32[sunting | sunting sumber]

TAFSIRAN Jika berbangkit sebarang perselisihan di atas tafsiran Perlembagaan ini atau Peraturan Persidangan Perhimpunan Agung UMNO yang dibuat di bawah kuatkuasanya maka tafsiran yang diberikan oleh Majlis Tertinggi adalah muktamad.