Pusat Dagangan Dunia Putra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC}, Kuala Lumpur, Malaysia

Pusat Dagangan Dunia Putra (Putra World Trade Centre) (PWTC) merupakan bangunan Ibu Pejabat UMNO Malaysia dan pusat pameran dan persidangan terkenal

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Asalnya bangunan 42 tingkat ini dinamakan Bangunan Tunku Abdul Rahman dan Menara Dato’ Onn sempena memperingati kedua-dua bekas Presiden UMNO. Bangunan ini menggabungkan ciri-ciri moden dengan budaya tradisi Melayu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Cadangan pembinaan PWTC bermula pada 1971, semasa Perhimpunan Agong UMNO bersetuju untuk membina sebuah bangunan tetap sebagai ibu pejabat UMNO menggantikan premis sedia ada ketika itu di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Projek ini kemudian dipengerusikan oleh Presiden UMNO ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein. Sebuah tabung khas telah ditubuhkan bagi menampung kewangan projek tersebut.

Pada tahun 1972, UMNO telah membeli 4 hektar tanah di Jalan Tun Ismail. Menerusi tabung khas yang diwujudkan, sebanyak RM3 juta telah berjaya dikumpulkan dari bahagian UMNO dan juga individu.

Kemudian, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Hussein Onn telah mengambil alih jawatan sebagai pengerusi projek. Selepas kematian Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn yang ketika itu dilantik sebagai Perdana Menteri dan Pemangku Presiden UMNO telah melantik Tengku Razaleigh Hamzah mengambilalih jawatan tersebut

Pada tahun 1979, Majlis Tertinggi UMNO telah meluluskan rekabentuk PWTC. Kemudian Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengambil alih jawatan pengerusi daripada Tengku Razaleigh. Kemudian, kerja-kerja pembinaan PWTC telah dimulakan ketika itu kemelesetan ekonomi.

Pada tahun 1985, Pusat Dagangan Dunia Kula Lumpur telah dinamakan Pusat Dagangan Dunia Putra (Putra World Trade Center) (PWTC) sempena nama Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Peristiwa Penting[sunting | sunting sumber]

  • Pada 12-16 April 1986, Konvensyen PATA telah diadakan, merupakan majlis antarabangsa yang pertama dianjurkan di situ dengan 2,500 orang telah menghadiri persidangan tersebut.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pembiayaan PWTC[sunting | sunting sumber]

Barry Wain di dalam bukunya bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, membuat satu tuduhan yang mengejutkan bahawa ibupejabat Umno - Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - dibiayai, sebahagiannya, oleh pembayar cukai.

Penulis, yang merujuk maklumat tersebut kepada wawancara pada 2007 dengan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin, berkata bank-bank berkenaan telah melupuskan sekurang-kurangnya RM140 juta faedah terkumpul.

Menurut Wain, harga siap sepenuhnya PWTC ialah RM360 juta. Jumlah yang dibiayai melalui pinjaman ialah RM199.5 juta dari bank milik kerajaan 0 Bank Bumiputera Malaysia Berhad dan RM64.9 juta dari Malayan Banking Bhd. laporan akauntan tersebut menyatakan bahawa sehingga Mac 1989, syarikat yang dilantik oleh Umno untuk membina bangunan itu, Khidmat Bersatu Sdn Bhd, hanya membayar faedah sebanyak RM51,570. [1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

==