Perpustakaan Bodleian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perpustakaan Bodleian

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Bodleian yang terletak di Oxford (pusat)<div style="position: absolute; top: Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali%; left: Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali%; height: 0; width: 0; margin: 0; padding: 0;">
Bodleian
Lokasi Perpustakaan Lama (Old Library) yang terletak di pusat bandar Oxford


Perpustakaan Bodleian (/ˈbɒdliən/, /bɒdˈlən/), perpustakaan penyelidikan kepunyaan University of Oxford ialah sebuah perpustakaan yang tertua di Eropah; di Great Britain, ia merupakan perpustakaan kedua terbesar saiznya, didahului hanya oleh Perpustakaan British, dengan lebih dari 11 juta item.[1] Disebut oleh para sarjana Oxford sebagai "Bodley" atau lebih ringkas, "Bod", perpustakaan ini merupakan satu daripada enam perpustakaan penyerahan undang-undang bagi karya-karya yang diterbitkan di United Kingdom di bawah Akta Penyerahan Undang-Undang 2003 (Legal Deposit Libraries Act 2003)[2] dan di bawah undang-undang Ireland, perpustakaan ini berhak meminta senaskhah salinan setiap buku yang diterbitkan di Republik Ireland.[3] Perpustakaan Bodleian beroperasi sebagai perpustakaan rujukan dan pada amnya, dokumen-dokumen tidak boleh dikeluarkan dari bilik-bilik bacaan.

Semua kolej Oxford memiliki perpustakaan sendiri dan dalam beberapa kes, perpustakaan-perpustakaan ini lebih tua daripada Bodley. Dari segi sejarah perpustakaan-perpustakaan berfungsi secara tersendiri daripada Bodley, namun kebelakangan ini mereka berfungsi bersama buat tujuan tertentu di bawah naungan apa yang dikenali sebagai Perkhidmatan Perpustakaan Oxford University (Oxford University Library Services, OULS), dan sekarang sebagai Bodleian Libraries, dan Perpustakaan Bodleian hanya satu daripada perpustakaan yang terlibat dalam kumpulan itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Bodleian Library Website
  2. Agency for the Legal Deposit Libraries
  3. S198(5) Copyright and Related Rights Act 2000


Ciptakan templat Tunas-University of Oxford
 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.