Perpustakaan Negara Armenia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pintu masuk Perpustakaan

Perpustakaan Negara Armenia (Bahasa Armenia: Mengenai audio iniՀայաստանի Ազգային Գրադարան (Hayastani Azgayin Gradaran)) merupakan perpustakaan awam di Yerevan, Armenia. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1832 sebagai sebahagian daripada sekolah-gimnasium Yerevan. Ia merupakan pusat penyerahan terbitan budaya rasmi untuk Armenia.

Bangunan semasa Perpustakaan terletak di Jalan Teryan di daerah Kentron sejak 1939. Ia telah direka oleh Alexander Tamanyan, seorang arkitek untuk memuatkan kira-kira tujuh juta bahan. Di antara tahun 1925 dan 1990, perpustakaan telah dinamakan sempena nama Aleksandr Myasnikyan.

Kini, Perpustakaan telah mempunyai sebanyak 6.6 juta buku dalam koleksi mereka.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]