Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) ialah sebuah persatuan di Malaysia.

Isi kandungan

Status tergantung [sunting]

Status Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia kini tergantung berikutan masalah dalaman yang menyaksikan pejabatnya di Wisma Belia di Kuala Lumpur disita.[1]

Menurut Ahmad Ansor Muhd Rivai Batubara, yang dilantik sebagai setiausaha agung pada mesyuarat agung tahunan pada 31 Julai lalu, ini menimbulkan kebimbangan puak-puak yang bertelagah merampas aset serta dokumen milik MAYC.

Terus dilanda kemelut [sunting]

Kemelut Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) berterusan apabila pimpinan yang dilantik melalui Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Julai 2010 hadir di Wisma MAYC di sini untuk mengambil alih pentadbiran.[2]

Kemelut tersebut bermula apabila Setiausaha Agung MAYC, Ahmad Ansor Muhd. Rivai hadir ke pejabat MAYC di Jalan Syed Putra untuk memulakan tugasnya namun dihalang. Berikutan halangan itu, Ahmad Ansor cuba mendapatkan bantuan polis bagi membolehkannya meneruskan kerja sebagai setiausaha agung.

Alamat surat-menyurat [sunting]

Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
No. 40, Wisma Belia, Jalan Syed Putra
50460 Kuala Lumpur
Telefon: 603-2274 6260 / 2274 6261 / 2274 6262
Faks: 603-22744890 / 22732748
E-mel: myc1062@po.jaring.my

Rujukan [sunting]

  1. Pejabat MAYC disita akibat pertelagahan dalaman Malaysiakini. 22 Jan 2011.
  2. MAYC terus dilanda kemelut Utusan Online. 22/09/2011.