Persatuan Pemilik Teksi Eksekutif Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Persatuan Pemilik Teksi Eksekutif Malaysia ("PUPTeKSM") memperjuangkan nasib para pemandu teksi di bawah naungannya.

Memorandum bantahan[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Disember 2009, Persatuan membantak kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz yang menyamakan perkhidmatan teksi di Malaysia dengan tandas yang busuk, dan mendakwa bahawa pelancong asing tidak suka dengan perkhidmatan teksi dan tandas di Malaysia. Persatuan telah menyerahkan memorandum bantahan itu kepada Setiausaha kerja Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Kamarudin Hassan di pejabat Umno Cawangan Jalan Peel, Kuala Lumpur. Kamarudin mewakili Ketua Umno Bahagian Cheras Senator Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee. Seterusnya memorandum itu akan dipanjangkan kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[1]

Presiden Persatuan Usahawan Pemilik Teksi Eksekutif Malaysia[sunting | sunting sumber]

  • Azmi Md Yatin (2009)[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]