Persenyawaan in vitro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Persenyawaan in vitro (IVF) merupakan proses di mana sel telur disenyawakan oleh sperma di luar rahim, in vitro. IVF merupakan rawatan utama bagi kemandulan apabila kaedah teknologi membantu pembiakan telah gagal. Proses ini membabitkan pengawalan hormon bagi proses ovulatori, mengambil ovum (telur) dari ovari wanita dan membiarkan sperma mensenyawakannya dalam perantaraan cecair. Telur yang telah disenyawakan (zigot) kemudian dipindahkan kepada uterus pesakit dengan matlamat menghasilkan kehamilan. Kelahiran pertama bagi "bayi tabung uji", Louise Brown, berlaku pada tahun 1978. Sebelum itu, terdapat kehamilan biokimia peralihan yang dilaporkan oleh penyelidik Australian Foxton School pada tahun 1973 dan kelahiran ektopik yang dilaporkan oleh Steptoe dan Edwards pada tahun 1976.

Istilah in vitro, berasal dari bahasa akar Latin bererti dalam kaca, digunakan, kerana ujikaji biologi awal membabitkan pertumbuhan tisu di luar organisma hidup dari mana ia di ambil, dilakukan dalam bekas kaca seperti bikar, tabung uji, atau piring petri. Hari kini, istilah in vitro digunakan bagi merujuk kepada sebarang prosedur biologi yang dilakukan di luar organisma yang ia biasanya terjadi, semasa tisu kekal dalam organisma hidup di mana ia biasanya dijumpai. Istilah kolokial bagi bayi yang terhasil dari IVF, bayi tabung uji, merujuk kepada bekas plastik ataupun kaca berbentuk tabung, digelar tabung uji, yang biasa digunakan dalam makmal kimia dan makmal biologi. Bagaimanapun, persenyawaan in vitro biasanya dilakukan dalam bekal lebih tohor yang digelar piring petri. (Piring petri juga mungkin diperbuat daripada rsein plastik.) Bagaimanapun, kaedah IVF bagi "Autologous Endometrial Coculture" sebenarnya dilakukan pada bahan organik, tetapi belum digelar in vitro. Ianya digunakan apabila ibubapa menghadapai masaalah kesuburan atau apabila mereka inginkan anak kembar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]