Pertempuran Paraitacene

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Paraitacene
Sebahagian daripada the Perang Diadochi Kedua
Tarikh317 BC
Lokasi
Keputusan Tidakpasti
Pihak yang terlibat
Antigonus I Monophthalmus, Eumenes
Komandan dan pemimpin
Antigonus I Monophthalmus Eumenes
Kekuatan
28,000 infantri berat,
6,900 kalavari ringan,
3,700 kalavari berat,
65 gajah perang
28,000infantri,
6,000 kalavari,
6,000 tentera upahan,
125 gajah perang
Kerugian dan korban
7,700, termasuk 3,700 terbunuh 1,540, termasuk 540 terbunuh

Templat:Campaignbox Diadochi Pertempuran Paraitacene (317 BC) merupakan pertempuran dalam perperangan warisan Iskandar Zulkarnain Agung (lihat diadochi) antara Antigonus I Monophthalmus dan Eumenes.


Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Selepas kemangkatan Iskandar Zulkarnain Agung, para jeneralnya mula bertelingkah berebut empayarnya yang besar. Ia kemudiannya menjadi perperangan terbuka, dengan setiap jeneral cuba menguasai sebahagian daripada kerajaan Iskandar yang luas. Salah seorang dari jeneral pengganti (Diadochi) adalah Antigonus Monophthalmus, dikenali sedemikian kerana hilang sebelah mata ketika pengepungan. Pada awal tahun perperangan antara Diadochi, dia menghadapi Eumenes, jeneral berkalibar yang telahpun mengalahkan Craterus. Kedua Diadochi bertempur dalam beberapa siri pertempuran sepanjang Anatolia dan Persia.

Pada musim panas 317 BC Eumenes, cuba mengambil peluang di atas kejayaan awal, mula bergerak menentang Antigonus. Kedua tentera bertembung di wilayah Paraetaceni, di timur laut Susa.

Pertempuran[sunting | sunting sumber]

Antigonus meletakkan tenteranya dalam kedudukan obliquely, sayap kanan kehadapan, bentuk yang sama digunakan oleh Iskandar dan Philip. Antigonus meletakkan pasukan berkuda ringannya di kiri, kalavari berat dan infantri ringan diletakkan disebelah sayap kanan berehat di atas bukit. Sementara phalanx menduduki kawasan tengah. Sementara gajah disebar sepanjang baris.

Eumenes, turut meletakkan phalanx di tengah, bersama pasukan elit Argyraspides. Sayap kirinya, berehat di bukit berdekatan, terdiri daripada kalavari, gajah dan sokongan. Sayap kanan dipimpin oleh Eumenes sendiri bersama pasukan berkuda beratnya.

Pertempuran bermula dengan tentera berkuda ringan Antigonus menyerang barisan Eumenes. Eumenes meleraikan pasukan ini dengan serangan sisi oleh skuardan berkuda kalavarinya yang dihantar dari sayap kiri.

Di tengah, phalanxes bertempur, sekali lagi kelebihan bagi Eumenes kerana kemahiran Argyraspides yang, walaupun mereka berusia sekitar 60 hingga 70 tahun, kelihatan kekal gagah perkasa. Dengan tentera berkuda ringannya musnah dan phalanxnya diundurkan, keadaan kelihatan genting bagi Antigonus.

Bagaimanapun, Antigonus melihat bahawa kejayaan Argyraspides mendorong mereka kehadapan dan mendedahkan bukaan pada baris tempur ketika ia berpisah dari sayap kiri. Dalam gerakan berani Antigonus menyerbu bersama pasukan berkuda beratnya melalu bukaan ini, berputar di belakang pasukan berkuda Eumenes. Serangan ini terbukti berjaya – mengakhiri apa yang kelihatannya kejayaan awal Eumenes keatas satu lagi saingan lain.

Pertempuran menjadi perlahan ketika kedua pihak cuba mengatur unit yang berpecah. Apabila hari berakhir, kedua tentera berundur ke perkhemahan masing-masing. Antigonus mendakwa menang, walaupun dia kehilangan sekitar 3,700 infantri terbunuh, dan tambahan 4,000 tercedera. Eumenes pula hanya kehilangan sekitar 540 infantri terbunuh dan sekitar 1,000 tercedera. Pertembungan utama mereka seterusnya adalah dalam Pertempuran Gabiene.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]