Pertempuran Teluk Ecnomus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pertempuran Teluk Ecnomus (dipersisiran Teluk Ecnomus, selatan pantai Sicily, 260 BC) merupakan pertempuran laut di antara angkatan Carthage dan Republik Rom ( Roman Republic ), berlangsung ketika Perang Punic Pertama. Disebabkan jumlah kapal dan anak kapal yang terbabit dalam pertempuran tersebut, (sekitar 100 orang setiap bot), pertempuran ini sering di anggap pertempuran laut terbesar masa silam.

Awalan ( Prelude )[sunting | sunting sumber]

Selepas penaklukan Agrigentum, Republik Rom memutuskan untuk membina angkatan dan mengancam kuasa Carthage di laut Mediterranean. Kelemahan awal Rom dari segi pengalaman diimbangi dengan penggunaan senjata corvus pada hadapan kapal. Beberapa siri kemenangan Rom dalam pertempuran di laut seperti Pertempuran Mylae, menimbulkan keinginan menceroboh tanah Carthaginian di Afrika.

Operasi sedemikian memerlukan sejumlah besar kapal bagi mengangkut legion Rom dan peralatan mereka ke Afrika. Menyukarkan lagi masalah logistik, angkatan Carthage meronda persisiran Sicily, memaksa pengangkutan dilakukan dalam kapal tentera seperti trireme dan quinquereme, yang mempunyi sedikit ruang barangan. Dengan itu Rome membina angkatan yang besar, sekitar 200 buah kapal, untuk menyeberangi laut Mediterranean dengan selamat, dan dua orang consul tahun itu, Marcus Atilius Regulus dan Lucius Manlius Vulso, dinamakan bagi mengetuainya. Tetapi Carthaginians tidak akan membiarkan ancaman ini tanpa gangguan, dan melancarkan angkatan yang sama saiz, diketuai oleh Hanno dan Hamilcar, untuk memintas angkatan Rom.

Pertempuran[sunting | sunting sumber]

Ketika itu, taktik tentera laut Rom sudahpun dipertingkat. Angkatan Rom meju melalui persisiran Sicilian dalam formasi tempur penuh, dengan kapal tentera diletak dalam tiga skuardren (lihat rajah). I dan II, diketuai oleh consul, mengetuai dalam susunan baji. Sebahagian besar kapal pengangkut terletak dibelakang mereka dan skuardron ketiga melindungi bahagian belakang, memberikan perlindungan tambahan. Carthaginians menunggu mereka dan kedua angkatan bertembung di pantar selatan Sicily, dipersisiran Gunung Ecnomus. Kedudukan tempur asal Carthage adalah garis lurus panjang tardisi, dengan bahagian tengah diketuai oleh Hamilcar, dan dia sayap, sebelah kanan diketuai oleh Hanno yang kalah di Agrigentum, agak kehadapan.

Berhadapan dengan musuh, kedua skuardon hadapan Rommaju ke tengah Carthaginian. Laksamana Hamilcar kemudian memalsukan pengunduran bagi membenarkan ruang antara baris hadapan Rom dengan kapal pengangkut yang merupakan matlamat utama pertembungan tentera itu. Menyusul pergerakan ini, kedua,dua sayap Carthaginian maju pada baris yang tertinggal, menyerang dari sisi bagi mengelak kesan mekanisma pendaratan senjata Corvus. Kapal pengangkut diasak ke pantai Sicilian dan tentera bantuan terpaksa maju bagi menghadapi serangan Hanno.

Bahagian tengah Carthaginian dikalahkan selepas pertempuran yang panjang dan berundur dari medan pertempuran. Kemudian kedua skuardon hadapan Rom berpusing untuk membantu situasi di belakang. Skuardon pertama Consul Vulso mengejar sayap kiri Carthaginian yang mengasak kapal pengangkut Rom kearah bencana dan kapal Regulus dengan skuardon ketiga melancarkan serangan terhadap Hanno. Tanpa sokongan dari baki angkatan mereka, Carthaginians kalah teruk. Akibat pertempuran tersebut, hampir separuh kapal angkatan Carthage ditawan atau dimusnahkan.