Pertubuhan bukan kerajaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pertubuhan bukan kerajaan (bahasa Inggeris: non-government organisation atau NGO) merupakan pertubuhan yang ditubuhkan oleh pihak atau pertubuhan swasta yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana kerajaan. Ada NGO yang dibiaya oleh kerajaan tertentu, namun keahlian pertubuhan sebegini tidak terbuka kepada mana-mana pihak kerajaan.

Tidak seperti istilah Pertubuhan antara kerajaan, "pertubuhan bukan kerajaan" merupakan suatu istilah bagi kegunaan umum tetapi ia bukan suatu definasi yang sah di sisi undang-undang. Di dalam bidang kuasa mahkamah jenis-jenis pertubuhan ini adalah "pertubuhan masyarakat awam" atau dirujukkan dengan nama-nama yang lain.

Sesetengah pihak menganggarkan jumlah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa sebanyak 40,000.[1] Bilangan pertubuhan tempatan adalah lebih tinggi lagi: Russia mempunyai 277,000 NGO.[2] India dianggarkan mempunyai di antara 1 juta dan 2 juta NGO.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]