Perubatan Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perubatan Melayu ialah ilmu perubatan yang diamalkan oleh bangsa Melayu di Nusantara Melayu sejak dahulu kala.[1] Kewujudan sistem Perubatan Melayu adalah berdasarkan bukti dokumentasi perubatan Melayu yang diperolehi daripada manuskrip Bustan al-Salatin pada Bab ke-7 fasal ke-3, Ilmu Tashrih (anatomi tubuh manusia) dan Ilmu Tibb (ilmu perubatan), karya Sheikh Nuruddin al-Raniri pada tahun 1638 masihi di Acheh Darussalam. Berdasarkan manuskrip tersebut dapatlah diketahui bahawa aliran perubatan Melayu adalah Greek- Arab - Melayu.

Asal usul[sunting | sunting sumber]

Perubatan Melayu wujud dengan melalui proses peralihan atau peredaran zaman dan asimilasi daripada sosio budaya serta penghijrahan tamadun bangsa. Akidah atau kepercayaan dalam ilmu perubatan Melayu bermula daripada animisme, Hindu, Budha dan akhirnya pemurnian dan penstrukturan ilmu perubatan Melayu dengan kedatangan Islam di Nusantara Melayu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Falsafah dan Prinsip Asas Perubatan Melayu, Nornizam Ngadeni, Baytul Hikma 2017, ISBN 978-967-2091-11-0

Buku[sunting | sunting sumber]

  1. Falsafah dan Prinsip Asas Perubatan Melayu, Nornizam Ngadeni, Baytul Hikama 2017, ISBN 978-967-2091-11-0
  2. Bustanus Salatin, Kajian dan Transliterasi oleh Naseer Sobree, Baytul Hikma 2017, ISBN 978-967-2091-12-7

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.