Piagam Diraja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Piagam Diraja ialah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh seorang Raja sebagai surat paten, memberikan hak atau kuasa kepada seseorang individu atau satu badan korporat. Ia masih digunakan sehingga hari ini untuk membentuk organisasi penting seperti bandaraya atau universiti. Piagam perlu dibezakan dengan waran dan surat perlantikan, kerana ia mempunyai kesan yang kekal. Biasanya piagam diraja akan dihasilkan dalam bentuk seni khat yang berkualiti tinggi.

Piagam telah digunakan sejak zaman Pertengahan di Eropah untuk membentuk bandaraya (penempatan dengan hak dan keistimewaan perundangan yang diakui). Tarikh piagam ini diberikan akan dianggap sebagai tarikh rasmi bandaraya tersebut "diasaskan", tanpa mengira tarikh sebenar penempatan mula dibuka .

Pada suatu ketika, piagam diraja merupakan satu-satunya cara pertubuhan yang diperbadankan dapat dibentuk, namun kini ia digantikan dengan cara lain (seperti pendaftaran syarikat berhad).

Antara kumpulan yang dibentuk oleh piagam diraja ialah Syarikat Hindia Timur Inggeris, Syarikat Hudons' Bay, Syarikat Peninsular and Oriental Steam Navigation (P&O), Syarikat British South Africa, dan beberapa bekas koloni British di tanah besar Amerika Utara.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]