Bandar raya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bandaraya)
Lompat ke: pandu arah, cari
Wiktionary-logo.svg
Carilah city, City dalam Wiktionary, kamus bebas.
Pusat bandar raya Chicago dari pandangan udara.

Bandar raya atau bandaraya berasal dari dua perkataan iaitu bandar dan raya - besar. Oleh itu bandar raya membawa maksud "bandar yang besar lagi penting yang biasanya ada penduduk seramai 100,000 penduduk atau lebih."

Sesebuah bandar raya adalah berbeza daripada kawasan metropolitan kerana sebuah bandar raya merujuk kepada satu kawasan berautonomi penuh yang telah diwartakan oleh kerajaan manakala sebuah kawasan metropolitan pula merujuk kepada kawasan perbandaran yang merebak sehingga menggabungkan bandar-bandar lain di dalamnya. Contohnya, kawasan metropolitan Lembah Klang meliputi beberapa buah bandar dan bandar raya seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Subang Jaya, Ampang, Kajang dan Putrajaya, manakala kawasan yang diwartakan sebagai Bandar Raya Kuala Lumpur hanya terhad kepada kawasan yang yang dirangkumi sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Isi kandungan

Sepintas lalu [sunting]

Kebanyakan bandar raya utama di dunia berkembang hasil daripada Revolusi Industri dan mudah dikenali melalui penggunaan tanah serta populasi penduduk. Bandar raya besar dan berindustri lazimnya mempunyai sistem saliran, pengangkutan, utiliti, perumahan dan penggunaan tanah yang cekap.

Bandar raya Kuala Lumpur, salah satu contoh metropolis.

Secara umumnya, sesebuah bandar boleh dikategorikan sebagai bandar raya setelah mencapai bilangan 100,000 penduduk. Metropolis merujuk kepada bandar raya dengan lebih 1 juta penduduk seperti di Kuala Lumpur. Bandar raya sedemikian selalunya menghasilkan pertumbuhan perbandaran di kawasan sekitar sehingga merangkumi bandar-bandar berdekatan yang lain, dikenali sebagai kawasan metropolitan ataupun konurbasi. Apabila sesebuah kawasan metropolitan turut merangkumi lebih daripada satu metropolis, ia dikenali sebagai sebuah megalopolis seperti di Tokyo.

Geografi [sunting]

Bandar raya purba selalunya kelihatan seperti tidak tersusun, namun kebanyakan bandar raya hari ini adalah tersusun dengan kawasan pusat bandar raya yang dapat dikenal pasti dengan mudah.

Pusat bandar raya merujuk kepada kawasan komersial terpadat serta terbesar di dalam bandar raya tersebut, memandangkan ia merupakan nadi ekonomi dan pentadbiran utama bagi sesebuah bandar raya. Ia disusuli dengan kawasan perumahan yang terletak berhampiran dengan pusat bandar raya. Kawasan industri pula biasanya didirikan agak jauh daripada kawasan perumahan untuk mengelakkan penduduk daripada menerima kesan buruk akibat pencemaran di kawasan industri. Jaringan sistem pengangkutan awam serta rangkaian jalan raya dan lebuh raya yang baik adalah perlu bagi menghubungkan ketiga-tiga kawasan tersebut.

Sistem kerajaan tempatan [sunting]

Di Malaysia, sesebuah bandar raya ditadbir oleh satu sistem kerajaan tempatan, sama ada majlis perbandaran ataupun majlis bandaraya. Kelayakan bagi kedua-dua badan kerajaan tempatan adalah seperti berikut:-

  • Majlis Perbandaran: Mempunyai lebih 100,000 penduduk serta mempunyai pendapatan setahun antara RM5 juta hingga RM20 juta
  • Majlis Bandaraya: Mempunyai lebih 500,000 penduduk serta mempunyai pendapatan setahun melebihi RM20 juta.

Masalah di kawasan bandar raya [sunting]

Sesebuah bandar raya lazimnya tidak dapat lari daripada masalah-masalah utama seperti berikut:-

  1. Masalah pencemaran air, udara dan bunyi.
  2. Masalah kekurangan tanah berhampiran kawasan bandar raya, menyebabkan harga tanah di bandar raya jauh lebih mahal daripada di kawasan luar bandar. Ia turut mengakibatkan harga rumah dan premis menjadi mahal.
  3. Masalah setinggan, berikutan harga rumah yang sangat mahal di kawasan bandar raya.
  4. Kadar jenayah yang tinggi.
  5. Kesesakan jalan raya yang teruk.
  6. Meningkatnya gejala sosial di kalangan remaja.
  7. Masalah sampah serta sistem pembetungan air najis.

Lihat juga [sunting]

Statistik [sunting]

Hierarki perbandaran [sunting]

Masalah sosial [sunting]

Gambar Bandar-bandar Besar Di Dunia [sunting]

  • Map of Haarlem, the Netherlands, of around 1550. The city is completely surrounded by a city wall and defensive canal. The square shape was inspired by Jerusalem.
  • The ancient city of Ur of Sumer, in present day Tell el-Mukayyar in Iraq is known to be one of the world's earliest сities
  • This woodcut shows Nuremberg as a prototype of a flourishing and independent city in the 15th century
  • Sydney is Australia's largest city
  • Minsk, the most populous city in Belarus


Kuala Lumpur skyline at night, the capital of Malaysia
Kuala Lumpur skyline at night, the capital of Malaysia
Aerial view of Gelugor and George Town on the northeastern part of Penang island
Aerial view of Gelugor and George Town on the northeastern part of Penang island


  • Oslo, the largest city in Norway