Pilihan raya tempatan Negeri Sembilan 1954

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pilihan Raya Tempatan, Negeri Sembilan 1954 ialah Pilihan raya tempatan, Negeri Sembilan yang kedua yang diadakan di Negeri Sembilan. Ia telah diadakan pada 4 Disember 1954[1]. Jumlah majlis tempatan yang dipertandingkan ialah 1 majlis sahaja iaitu Majlis Bandaran Seremban.

Pilihan raya Majlis Perbandaran Seremban[sunting | sunting sumber]

Hari penamaan calon bagi Seremban ialah pada 16 November 1954[1].

Jumlah Kerusi Dipertanding[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 4 kerusi Ahli Majlis yang dipertandingkan[1]

Jumlah Kerusi Dipertanding
Bil. Wad/Zon Jumlah Kerusi Dipertanding
1 Lobak 1 Ahli Majlis
2 Temiang 1 Ahli Majlis
3 Lake 1 Ahli Majlis
4 Rahang 1 Ahli Majlis

Jumlah Calon Bertanding[sunting | sunting sumber]

Seramai 6 orang mencalonkan diri di hari penamaan calon. Perikatan sepatutnya menghantar 4 orang calon di Seremban, walau bagaimanapun, 2 calon mereka ditolak pencalonan semasa hari penamaan calon[1].

Jumlah Calon Bertanding
Bil. Parti Politik Akronim Jumlah Calon
1 Parti Perikatan Perikatan 2
2 Parti Buruh Buruh 3
3 Parti Negara Negara 1

Senarai Calon Bertanding[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai nama calon yang bertanding bagi merebut 4 kerusi wad/zon Perbandaran Seremban 1954[2][3][4]

Pilihan raya tempatan Negeri Sembilan 1954 : Seremban
Bil Wad Menang Parti Politik Kalah Parti Politik
1 Temiang Lam Teck Choon Buruh
2 Rahang Robert Singam Buruh Dato Raja Muhammad Hanifah Ab Ghani Perikatan
3 Lake Wong Nang Chin Perikatan Joseph Siow Negara
4 Lobak Kat Fye Hin Buruh

Rujukan[sunting | sunting sumber]