Pindaan ISA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 atau "Pindaan ISA" adalah hasil konstruktif pelbagai pihak.

Pada 20 Mac 2010, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan Kabinet setuju dengan pindaan dan dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang.[1]

Skop yang dipinda[sunting | sunting sumber]

Asas pindaan ISA ialah :

  1. Tempoh tahanan
  2. Hak dan layanan terhadap tahanan
  3. Kuasa Menteri Dalam Negeri
  4. Isu persepsi awam ISA akan diguna untuk kepentingan politik
  5. Penahanan tanpa perbicaraan

Akta berkaitan[sunting | sunting sumber]

Akta lain yang turut dipinda ialah :

  1. Akta Pencegahan Jenayah 1959 - kajian dibuat terhadap keberkesanan undang-undang dalam pencegahan jenayah.
  2. Seksyen 27 Akta Polis 1960 - aspek berkaitan perhimpunan awam yang tidak memerlukan permit.
  3. Akta Buang Negeri 1959 - perlu dimansuh atau tidak.
  4. Akta Kediaman Terhad 1933 - keberkesanan undang-undang dan perintah yang dikeluarkan
  5. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 - tempoh tahanan, hak dan layanan terhadap tahanan.
  6. Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 - kuasa Menteri Dalam Negeri dan penahanan tanpa perbicaraan.

Kajian kesesuian pindaan ke atas Akta Dadah Berbahaya dan Ordinan Darurat telah siap. Kajian terhadap Seksyen 27 Akta Polis telah digubal dan disemak semula oleh Jabatan Peguam Negara .

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]