Pingat emas
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anugerah Pingat Emas Kongres oleh Kongres Amerika Syarikat
Pingat emas lazimnya merupakan pingat tertinggi yang dihadiahkan untuk sesuatu pencapaian dalam bidang bukan ketenteraan. Konsep ini datang dari bidang ketenteraan, awalnya cuma dengan pengiktirafan pangkat ketenteraan, dan kemudian berbagai-bagai pingat.
Sejak abad ke-18, pingat emas telah dihadiahkan dalam bidang seni. Kini pingat emas turut dihadiahkan oleh badan seperti UNESCO serta pelbagai persatuan akademik. Bermula 1904, pingat emas telah dihadiahkan kepada pemenang setiap acara Sukan Olimpik.
Kebanyak pingat emas sebenarnya cuma bersadur emas. Bagaimanapun, Pingat Lorentz, Pingat Emas Kongres Amerika Syarikat dan pingat Anugerah Nobel diperbuat dari emas padu.