Piramid Memphis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Piramid Memphis pada tahun 2015

Piramid Memphis, dahulu dikenali sebagai Piramid Arena, asalnya dibina untuk menjadi arena yang mempunyai 20142 tempat duduk di pusat bandar Memphis di negeri Tennessee, AS di tebing Sungai Mississippi.[1]

Fikrah "Piramid Amerika Besar" asalnya tercetus oleh Mark C. Hartz, iaitu seorang seniman Memphis sekitar tahun 1954. Piramid ini menjadi gelanggang utama untuk program bola keranjang lelaki Universiti Memphis dan kemudiannya untuk Memphis Grizzlies dari Persatuan Bola Keranjang Negara. Pada malam pembukaan Piramid, lantai arena ini dibanjiri disebabkan oleh pam perparitan yang tidak mencukupi, lalu pekerja pentas terpaksa meletakkan beg pasir di seluruh kawasan untuk memelihara pendawaian elektrik di bawah pentas. Pada Oktober 2005, media massa mula membuat dugaan bahawa akuarium atau Kedai Bass Pro akan menjadi penyewa jangka panjang arena ini. Pada tahun 2011, lukisan piramid ini dimasukkan ke dalam reka bentuk piawai lesen pemandu negeri Tennessee.

Rujukan[sunting | sunting sumber]