Poi (makanan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semangkuk poi.

Poi ialah makanan ruji tradisi masyarakat peribumi Hawaii diperbuat dengan melumat umbisi keladi spesies Colocasia esculenta (nama setempat dalam Bahasa Hawaii: kalo).

Umbisi keladi mula-mula dibakar atau dikukus sebelum ia dilenyekkan atas papan khas (papa ku‘i ‘ai) menggunakan sejenis alu (pōhaku ku‘i ‘ai). Keladi ini dialu tanpa air terlebih dahulu (pa‘i ‘ai) di mana ia melikat seakan doh, air ditambah kemudian semasa ia adun mengikut citarasa dan selera masing-masing.

Makanan ini dimakan dengan menggunakan tangan. Ia bisa dimakan segera di mana rasanya manis dan segar, namun ia juga boleh dibiarkan menapai lalu dihidangkan sama ada bersama ikan masin atau sejenis salad ikan salmon khas (lomi), atau juga ditambah pada adunan roti.

Khasiat makanan[sunting | sunting sumber]

Poi rendah lemak dan kaya dengan vitamin A serta karbohidrat kompleks hasil keladi yang menjadi bahan asalnya.[1] Ia turut digunakan sebagai makanan gantian susu untuk anak kecil, serta cocok dimakan penghidap penyakit seliak dan intoleransi laktosa kerana ia tiada gluten.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Powered By Poi" Diarkibkan 8 Oktober 2011(Date mismatch) di Wayback Machine Maui No Ka 'Oi Magazine Jld. 11 No. 4 (Julai 2007)
  2. ^ Brown, AC; Valiere, A. "The medicinal uses of poi". Nutr Clin Care. 7: 69–74. PMC 1482315. PMID 15481740.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]