Politik Argentina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Politik Argentina berada dalam kerangka republik demokrasi yang diketuai oleh presiden. Presiden adalah ketua negara dan ketua kerajaan dan juga sistem parti yang yang pelbagai. Kuasa eksekutif berada di tangan kerajaan. Kuasa legislatif pula berada di tangan kerajaan dan dua kamar parlimen. Kehakiman pula badan bebas daripada pengaruh eksekutif dan badan perundangan.

Perlembagaan[sunting | sunting sumber]

Perlembagaan pertama di Argentina telah digubal pada 1 Mei, 1853. Pindaan terakhir ialah pada bulan Ogos 1994. Perlembagaan Argentina telah menjamin Pembahagian Kuasa di dalam kerajaan. Namun pada 2002, krisis perlembagaan telah berlaku apabila pihak legislatif cuba membuang kesemua hakim di mahkamah tertingginya.

Cabang eksekutif[sunting | sunting sumber]

Presiden merupakan ketua negara serta ketua eksekutif. Seseorang rakyat Argentina hanya boleh menyandang jawatan ini selama 2 penggal (bersamaan dengan lapan tahun) berturut-turut. Semua ahli kabinet dilantik oleh Presiden.

Cabang legislatif[sunting | sunting sumber]

Menurut Perlembagaan Argentina, Kongres Nasional atau Congreso Nacional merupakan sistem dwidewan yang terdiri daripada Senate (72 kerusi; ahli dipilih secara undian langsung; kini satu pertiga ahlinya dipilih setiap dua hingga enam tahun sepenggal) dan Chamber of Deputies (257 kerusi; ahlinya dipilih secara undian langsung; separuh daripada ahlinya dipilih setiap dua hingga empat tahun sepenggal).

Senate akan mempunyai tiga perwakilan bagi setiap 22 wilayah di Argentina dan juga Federal District, dan Persekutuan Kebangsaan Tierra del Fuego. Manakala bilangan deputies atau wakil rakyat adalah berdasarkan kepada jumlah penduduk di setiap wilayah.

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya di Argentina diadakan setiap 4 tahun untuk memilih Presiden dan timbalannya. Pilihan raya presiden terakhir ialah pada 28 Oktober 2007, di mana isteri kepada Néstor Kirchner mantan Presiden Argentina iaitu Cristina Fernández de Kirchner telah memenangi pilihan raya dan dilantik sebagai Presiden.

Cabang perundangan[sunting | sunting sumber]

Oleh sebab negara ini mengamalkan sistem kerajaan persekutuan, terdapat dua buah badan untuk pentadbiran keadilan: sistem kehakiman di peringkat nasional dan sistem kehakiman di peringkat wilayah-wilayah. Kawasan di setiap wilayah adalah di bawah bidang kuasa setiap sistem kehakiman di peringkat wilayah, manakala sistem kehakiman nasional mempunyai bidang kuasa atas kesemua wilayah di seluruh negara Argentina dan Ibu Kota Persekutuan. Di samping itu mahkamah ini boleh menangani masalah di luar bidang kuasa asalnya, seperti konflik-konflik antarabangsa atau konflik-konflik yang melibatkan dua atau lebih wilayah-wilayah di Argentina.

Kedua-dua sistem mengiktiraf tribunal yang tertinggi iaitu Mahkamah Agung Supreme Court of Justice, yang dianggotai sembilan ahli (“menteri”), yang dilantik oleh Presiden dan diluluskan oleh Senat. Menteri-menteri tersebut pula akan memilih seorang Presiden di kalangan mereka pada waktu tertentu. Mahkamah agung biasanya akan mengadili kes-kes yang melibatkan isu persekutuan ataupun perlembagaan negara.

Di bawah Mahkamah Agung terdapat beberapa mahkamah istimewa yang dikhususkan untuk isu-isu tertentu dan mahkamah ini dipanggil forum (fueros). Terdapat banyak jenis forum kebanyakannya adalah forum sivil dan jenayah. Selain itu terdapat forum untuk pentadbiran, keluarga, buruh, perdagangan dan sebagainya. Secara amnya tiga forum yang boleh didapati di kesemua wilayah di merata Argentina adalah sivil, jenayah dan buruh.

Bergantung pada hierarki, hakim dilantik melalui beberapa mekanisme yang berbeza.

Presiden berhak melantik seorang ahli Mahkamah Agung sekiranya terdapat kekosongan. Namun, Senat perlu bersetuju dengan keputusan tersebut.

Walaupun begitu, para hakim di mahkamah rendah adalah dicadangkan kepada Senat oleh satu badan khas yang dipanggil Majlis Hakim-Hakim (Consejo de la Magistratura) selepas mencalonkan tiga calon. Majlis ini yang diwujudkan oleh Perlembagaan, terdiri dari ahli-ahli Kongres, Mahkamah Agung dan beberapa persatuan profesional.