Pondok Gajah Mati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pondok Gajah Mati.

Diantara pondok yang mahsyur di awal kurun ke 20 ialah Pondok Gajah Mati, Pendang, Kedah . Ada dua nama yang amat penting didalam penubuhan dan pembangunan Pondok Gajah Mati . Mereka ialah :

1. Al Allamah Tuan Guru Haji Ismail Che Dol ( 1873-1948 ) - Pengasas Pondok

2. Al Allamah Syeikh Wan Ibrahim @ Pak Chu Him ( 1892-1968 ) - Pentadbir ke 2

Dianggarkan Pondok Gajah Mati didirikan sekitar tahun 1900an oleh Tuan Guru Haji Ismail Che Dol selepas Tuan Guru Haji Awang Pondok Tualang ( Ayah Tuan Guru Haji Ahmad Rubat ) membantu beliau dalam urusan tanah pondok. Diriwayatkan ketika itu, Pondok Gajah Mati disebut sebut sebagai pondok kedua terbesar di Kedah selepas Pondok Tuan Hussien di Titi Gajah .

Pada tahun 1924, Pak Chu Him pulang dari Mekah lalu disambut oleh Tuan Guru Haji Ismail Che Dol di Pulau Pinang . Hasil dari perbincangan mereka, Pak Chu Him bersetuju menjadi guru di pondoknya . Pada tahun 1926 pula Pak Chu Him dijodohkan dengan anak perempuan Tuan Guru Haji Ismail Che Dol bernama Hajjah Zainab .