Portal:Belanda/Rencana plihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pertiangan (Verzuiling dalam bahasa Belanda, Pilarisation dalam bahasa Perancis) adalah sebuah istilah yang digunakan untuk menjelaskan cara Belanda dan Belgium guna untuk mengurus masyarakat pelbagai budaya (bukan pelbagai etnik) mereka. Masyarakat "secara tegak" dibahagikan ke beberapa segmen lebih kecil atau "tiang" menurut agama atau ideologi lain, yang beroperasi secara berasingan di antara satu sama lain. Masyarakat Austria dan Malta adalah contoh fenomena ini.

Tiang ini mempunyai instituasi masyarakat mereka sendiri: surat khabar, pertubuhan penyiaran, parti politik, kesatuan perdagangan, sekolah, hospital, masyarakat bangunan, universiti, pertubuhan pengakap dan kelab sukan mereka sendiri. Sestengah syarikat juga hanya mengupah pekerja khususnya dari sesuatu agama atau ideologi. Ini menyebabkan ke suatu keadaan di mana orang tidak ada perhungan peribadi dengan orang dari tian lain.