Portal:Qatar/Biografi pilihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Syeikh Tamim bin Hamad bin Khalifa Al-Thani (Arab: الشيخ تميم بن حمد آل ثاني) ialah Amir Qatar kini. Baginda merupakan putera keempat amir sebelumnya, Syeikh Hamad bin Khalifa. Baginda menjadi Amir pada 25 Jun 2013, selepas ayahandanya turun takhta. Sebelum ini, Syeikh Tamim memegang pelbagai jawatan kerajaan dalam Qatar dan juga mempromosikan Qatar di peringkat antarabangsa melalui sukan.