Poskad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Poskad lama dari Malaysia

Poskad merupakan kertas kadbod yang digunakan untuk menulis ucapan kepada seseorang tanpa memasukkan ke dalam sampul surat. Terdapat dua bahagian poskad iaitu bahagian depan dan belakang. Pada bahagian depan, terdapat lukisan atau gambar-gambar menarik. Pada bahagian belakang terdapat tempat untuk menuliskan ucapan serta alamat penerima. Pada bahagian ini, setem harus diletakkan sebagai kos penghantaran kepada penerima. Kos penghantaran bagi poskad di Malaysia ialah 30 sen ke Malaysia dan 50 sen ke luar negara.

Antara tema yang mencari perhatian ialah pemandangan di sesebuah negara, peta sesuatu tempat, bangunan-bangunan terkenal serta tema flora dan fauna.

Poskad yang pertama di dunia diterbitkan di negara Austria pada 1 Oktober 1869 dengan nama Correspondenz-Karte.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]