Profil Remaja Berisiko Tinggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Buku / Novel
Profil Remaja Berisiko Tinggi
Siri Pertama
Pengarang Asal Ruzlan Md. Ali ,>br> Fuziah Shaffie
Penterjemah Tidak diketahui
ISBN ISBN 978-967-5311-14-7
Kod Buku
Saiz
Genre Tidak diketahui
Terbitan Percetakan Universiti Utara Malaysia
Negara Tidak diketahui
Bahasa Bahasa Melayu
Tahun Keluaran 2009
Bilangan Muka Surat 76
Harga RM20.00 (2009)

Buku Profil Remaja Berisiko Tinggi ditulis oleh Ruzlan Md. Ali ,>br> Fuziah Shaffie dan diterbitkan pada tahun 2010 pada harga RM20.00. Ia diterbitkan oleh Percetakan Universiti Utara Malaysia dengan nombor ISBN 978-967-5311-14-7, cetakan setebal 76 halaman. Buku ini dicetak dalam Bahasa Melayu.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Buku Profil Remaja Berisiko Tinggi membincangkan mengenai pelbagai kegiatan negatif seperti melakukan hubungan seks sebelum kahwin, membaca dan menonton bahan-bahan lucah, terlibat dengan dadah dan sebagainya telah dikaitkan dengan remaja.

Memandangkan remaja merupakan aset yang akan menentukan kejayaan negara pada masa hadapan, sebarang masalah salah laku dalam kalangan remaja perlu diberi perhatian yang serius kerana ia merupakan ancaman terhadap kesejahteraan masyarakat. Justeru, buku yang diterbitkan hasil daripada satu kajian mengenai remaja berisiko tinggi di Negeri Kedah yang dijalankan untuk mengenal pasti salah laku disiplin sekolah dalam kalangan murid yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi, menghasilkan profi l murid berisiko tinggi, dan membentuk Modul Pembangunan Remaja.

Modul Pembangunan Remaja yang dibentuk oleh penyelidik mengandungi lapan unit meliputi aspek kerohanian, kendiri, kekeluargaan, persahabatan, guru, sahsiah, patriotism dan kerjaya.

Seramai 172,433 murid di sekolah menengah di Negeri Kedah terlibat dengan kajian ini. Pecahan perlakuan salah laku amat ketara didominasi oleh murid-murid lelaki yang melibatkan item-item tingkah laku seperti kenakalan, ponteng, tidak jujur, musnah, kurang sopan dan biadap, tidak mementingkan masa, kekemasan diri, lucah dan jenayah. Dengan adanya buku ini, penulis berharap agar dapatan yang dipaparkan dapat dimanfaatkan untuk mengendalikan program-program yang menyumbang ke arah pembangunan remaja dan membantu usaha kerajaan dalam membangunkan remaja di Negeri Kedah dan Malaysia amnya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]