Proses Penubuhan Kerajaan Bani Umaiyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kerajaan Bani Ummaiyyah ialah kerajaan khalifah Islam berasaskan perwarisan pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.. Kerajaan Bani Ummaiyyah ini berkuasa dari tahun 661 masihi sehingga tahun 750 masihi. Ironinya, kaum Bani Ummaiyyah sebelum ini pernah menjadi musuh ketat Islam sebelum mereka memeluk Islam.

Krisis Politik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 35 Hijrah, kota Madinah yang menjadi ibu negara Islam telah dilanda krisis politik yang hebat sehingga mencetuskan pemberontakan menentang kerajaan. Akibatnya,khalifah Saidina Uthman bin Affan dibunuh oleh pemberontak. Untuk menggantikan beliau, umat Islam telah melantik Saidina Ali bin Abi Talib menjadi khalifah yang baru. Pelantikan tersebut tidak diperetujui oleh Muawiyah bin Abi Sufyan yang ketika itu menjadi Gabenor di Syam.Dalam kejadian tersebut, beliau menuduh Saidina Ali terlibat dalam pakatan membunuh Khalifah Uthman.

Untuk memperkuatkan kedudukannya, Muawiyah memujuk beberapa sahabat nabi supaya menyebelahinya bagi menetang Saidina Ali.Usaha beliau dikatakan berjaya.Antara mereka yang memberi sokongan kuat kepada beliau ialah Amru ibnu Al-As,gabenor Mesir.

Munculnya Kumpulan Khawarij[sunting | sunting sumber]

Menyesali keadaan yang berlaku,sekumpulan masyarakat Islam cuba menyalahkan ketiga-tiga tokoh tersebut (Muawiyah,Saidina Ali,Amru ibnu Al-As) dan menganggap mereka sebagai punca berlaku perpecahan Islam.Mereka menubuhkan pakatan sulit dan menamakannya sebagai Khawarij.

Perancangan Membunuh[sunting | sunting sumber]

Antara rancangan yang diaturkan mereka ialah cuba membunuh Saidina Ali,Muawiyah dan Amru ibnu Al-As.Namun yang berjaya dibunuh hanyalah Saidina Ali, manakala Muwaiyah dan Amru telah terselamat dalam cubaan tersebut.

Proses Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Untuk menggantikan Saidina Ali yang telah wafat ,para penyokong baginda telah memilih putera Saidina Ali,Saidina Hassan sebagai khalifah baru. Setelah beberapa bulan memerintah, Saidina Hassan tidak sanggup melihat perpecahan umat Islam terus berlaku di depan matanya.

Oleh itu, pada tahun 41 Hijriah bersamaan 661 Masihi, baginda mengambil keputusan menyerahkan jawatan khalifah yang dipegangnya itu kepada Muawiyah bin Abu Sufyan. Bermula dari tarikh tersebutlah tertubuhnya sebuah kerajaan Islam yang dipanggil sebagai Kerajaan Bani Umaiyyah