Gabenor
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Gabenor (id: Gubernur) merupakan sebutan bagi kepala pemerintahan daerah provinsi di Indonesia. Manakala di Malaysia istilah Gabenor digunakan untuk merujuk kepada Yang di-Pertua Negeri bagi 4 negeri yang tidak mempunyai sultan. Manakala di Amerika Syarikat, seorang Gabenor adalah setaraf dengan Menteri Besar di Malaysia dan berkuasa ke atas negeri masing-masing. Gabenor atau dalam bahasa Inggerisnya "Governor" berasal dari perkataan "govern" yang membawa maksud memerintah.
Gabenor juga boleh merujuk kepada ketua sesebuah institusi, seperti syarikat atau bank.

