Rahsia Ajaib untuk Berjaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Buku / Novel
Rahsia Ajaib untuk Berjaya
Siri
Pengarang Asal Razi Armansur
Penterjemah
ISBN ISBN 9789833586356
Kod Buku
Saiz
Genre Tidak diketahui
Terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Negara Malaysia
Bahasa Melayu
Tahun Keluaran 9-Nov-2007
Bilangan Muka Surat
Harga Malaysia Barat RM18.00/Malaysia Timur RM21.00(2010)

Buku Rahsia Ajaib untuk Berjaya dikarang oleh Razzi Armansur dan diterbitkan pada 9-Nov-2007 dengan harga Malaysia Barat RM18.00/Malaysia Timur RM21.00(2010). Ia diterbitkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd dalam bahasa Melayu dengan nombor ISBN13 978-983-3586-35-6.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Rahsia Ajaib Untuk Berjaya memuatkan dua perkara dalam satu elemen iaitu bercerita dan motivasi. Ramli sebagai watak utama cuba untuk mencari "rahsia ajaib" di kampung halamannya di Kampung Sungai Lang. Berlatarbelakang kehidupan orang Jawa, Ramli cuba berubah hidupnya yang serba serbi kekurangan dari segi kewangan terutamanya. Pada awalnya Ramli terkejut dengan perubahan kampung yang ditinggalkannya 15 tahun lalu kerana banyak sekali peningkatan berlaku. Melihat kejayaan yang berlaku kepada teman sepermainan yang sudah mempunyai restoran dan kebun kelapa sawit sendiri.

Buku ini menerapkan konsep untuk fokus dalam kekurangan dan kelebihan sesorang dalam memburu kejayaan. Seringkali kita meletakkan fokus pada kelemahan diri melebihi kekuatan diri yang akan memberi impak yang kepada kejayaan seseorang.  Tuan Razzi Armansur cuba menyampaikan kesan menterbalikkan pandangan kita kepada sesuatu demi bergerak ke arah yang lebih baik.

Kulit buku ini memaparkan sedikit sebanyak tentang psikologi orang yang sentiasa kurang motivasi untuk berusaha kepada yang lebih baik. Kejayaan lebih indah dan bermakna jika dikongsi bersama orang tersayang.Tulisan ajaib berwarna merah mencerminkan kekuatan buku ini iaitu sesorang mampu mengeluarkan potensi yang lebih setelah membaca buku ini. Tulisan yang senget ini amat bersesuaian dengan tema rahsia untuk berjaya. Model lelaki yang  mendongak ke langit sentiasa menunjukkan kita mempunyai harapan selagi kita mampu mengorek rahsia yang terdapat di dalam diri kita sendiri.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]