Raja Lenggang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yamtuan Lenggang juga dikenali Paduka Seri Tuanku Raja Ali. Yamtuan Lenggang pemerintah atau Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-III di Negeri Sembilan, baginda merupakan menantu kepada Raja Hitam. Baginda mendirikan rumahtangga dengan Tunku Puan Ngah binti Yamtuan Hitam. Baginda menggantikan Tuanku Raja Hitam yang telah mangkat. Tuanku Raja Lenggang bertakhta dan memerintah dari tahun 1808 sehingga tahun 1824. Raja Lenggang merupakan keturunan Yang Di-Pertuan Pagaruyung, baginda merupakan anakanda kepada Yamtuan Melenggang Alam atau Raja Naro I. Pada tahun 1824, Tuanku Raja Lenggang digantikan oleh putranya, Raja Radin sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan berikutnya.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Maklumat dari Warisan Diraja Negeri Sembilan Darul Khusus
Didahului oleh
Raja Hitam
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
1808-1824
Diikuti oleh:
Raja Radin