Raja Naga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam mitos Cina, Raja Naga (龍王; pinyin: Lóng Wáng) merupakan dewa raja yang memerintah empat laut, iaitu laut utara, laut timur, laut selatan dan laut barat. Walaupun berupa naga, namun Raja Naga ini mampu bertukar bentuk menjadi manusia. Raja-Raja Naga bersemayam di istana kristal yang dijaga oleh askar udang dan panglima ketam.

Empat Raja Naga ialah:

Selain menguasai segala hidupan air, Raja-Raja naga ini juga menguasai awan dan hujan. Apabila muka, mereka mampu membanjiri kota. Menurut Cerita Pendek Rakyat Tang (唐人傳奇 Tangren Chuanqi), Raja Naga Qian Tang tentu sekali berbuat demikian setelah mendapat tahu bahawa puteri saudaranya didera oleh suaminya.

Raja Naga Laut Timur (Donghai) dikatakan memiliki wilayah terluas.

Raja Naga sering disebut dalam karya sastera. Keterangan terperinci diberikan tentang kesergaman istana kristal mereka. Dalam novel klasik Cina, Pengembaraan ke Arah Barat, seekor Raja Naga merupakan salah satu watak penting dalam bab ke-10. Keempat-empat Raja Naga turut muncul dalam cereka Fengshen Yanyi, tetapi nama-nama mereka berbeza dengan yang tertulis dalam Pengembaraan ke Arah Barat.[1]

Tokong[sunting | sunting sumber]

Di negara China, terdapat berbilang tokong yang ditahbiskan kepada Raja-Raja Naga ini. Salah sebuahnya di Beijing dibina sewaktu Dinasti Yuan. Istana Chao-Tian (朝天宮) di pekan Beigang (北港鎮), Taiwan, dikhaskan kepada dewi Mazu, juga mempunyai patung-patung empat Raja Naga yang berbentuk manusia, setiap seorang menunggang naga.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. Fengshen Yanyi Chapter 13.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]