Rantaian pengangkutan elektron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rantaian pengangkutan elektron dalam mitokondria merupakan tapak kepada pemfosforilan oksidaan dalam eukariot. NADH dan suksinat yang terhasil daripada kitaran asid sitrik dioksidakan dan melepaskan tenaga untuk ATP sintase.

Rantaian pengangkutan elektron (ETC) merupakan satu siri sebatian yang memindahkan elektron daripada penderma elektron kepada penerima elektron melalui tindak balas redoks dan menggandingkan pemindahan elektron dengan pemindahan proton (ion H+) yang merentasi membran. Ini mewujudkan satu kecerunan proton elektrokimia yang memacu sintesis ATP atau penjanaan tenaga kimia dalam bentuk adenosina trifosfat (ATP).

ETP digunakan untuk mendapatkan tenaga melalui tindak balas redoks daripada cahaya matahari dalam fotosintesis atau bagi respirasi sel daripada pengoksidaan gula. Dalam eukariot, ETC boleh dijumpai dalam membran mitokondria dalam di mana ia berfungsi sebagai tapak pemfosforilan oksidaan dengan ATP sintase. Ia juga boleh didapati dalam membran tilakoid kloroplas dalam eukariot fotosintetik. Bagi bakteria, proses ETC terletak di membran sel.

Dalam kloroplas, cahaya mendorong penukaran air kepada oksigen dan NADP+ kepada NADPH dengan pemindahan ion H+ melintasi membran kloroplas. Dalam mitokondria, ia adalah penukaran oksigen kepada air, NADH kepada NAD+ dan suksinat kepada fumarat yang diperlukan untuk menjana kecerunan proton. Rantaian pengangkutan elektron adalah tapak utama kebocoran elektron pramatang kepada oksigen, menjana superoksida dan berpotensi mengakibatkan peningkatan tegasan oksidaan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]