Republik Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Republik Malaysia merupakan satu impian beberapa parti politik di Malaysia sejak awal merdeka lagi. Dasar penjajah British di semua negara Komanwel mengiktiraf dan meneruskan sistem beraja di tanah jajahan. British sendiri mengamalkan sistem beraja berperlembagaan. Pada 1945, Cikgu Ibrahim Yaakob telah berunding dengan pejuang kemerdekaan Indonesia untuk membentuk Indonesia raya yang bercirikan sistem republik. Pemimpin seperti Ibrahim Yaakob, Dr. Burhanuddin al-Helmi , Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam dan lain-lain dipenjarakan oleh pentadbiran British. KMM, PKMM, API dan AWAS diharamkan.


Pada 10 Mei 2009, Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia melihat kekacauan besar akan berlaku dengan menjadikan isu di Perak sebagai pemangkin. [1]Senario politik di Malaysia pasca tsunami politik 8 Mac 2008 memperlihatkan institusi beraja tidak lagi dihormati.[2] [3]Beberapa penulis di internet telah diheret ke mahkamah kerana menghina institusi tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]