Request for Comments

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam kejuruteraan rangkaian komputer, Request for Comments (RFC, bermaksud "mohon diulas") ialah memorandum diterbitkan oleh Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet (IETC) memerihalkan kaedah, perilaku, kajian, atau inovasi yang boleh dipakai dalam kerja Internet dan sistem-sistem tersambung Internet.

Menerusi Masyarakat Internet, para jurutera dan ahli sains komputer dapat menerbitkan wacana dalam bentuk RFC, samada untuk ulasan sejawat atau sekadar menyampaikan konsep, maklumat, atau (kadang-kala) lawak kejuruteraan baharu. IETS memakai sesetengah usul yang diterbitkan sebagai RFC menjadi Piawai Internet.

Dokumen Request For Comments direka cipta oleh Steve Crocker pada 1969 bagi membantu merekod nota-nota tak rasmi berkenaan pembangunan ARPANET. Lama-kelamaan rekod-rekod ini menjadi rekod rasmi bagi tentuan, protokol, tatacara, dan peristiwa berkaitan Internet.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "RFC's, Internet Request For Comments". Livinginternet.com. Diperoleh pada 2012-04-03. 


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.