Rintangan elektrik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perintang 750-kΩ

Rintangan elektrik ialah ukuran penentangan terhadap pengaliran arus elektrik di dalam sesebuah litar lengkap oleh komponen perintang (atau apa-apa objek). Dalam persamaan elektrik, ia sering diwakili oleh simbol R. Unit SInya ohm (Ω).

Rintangan sesuatu objek ditakrifkan sebagai nisbah voltan melintasinya (V) kepada arus yang melaluinya (I), sementara kealiran (G) ialah sonsangannya:

R = {V\over I}, \;\;\;\;\; G = {I\over V}

Konduktor dan perintang[sunting | sunting sumber]

Benda-benda seperti wayar yang direka supaya berintangan rendah agar arus yang dibawanya mempunyai kehilangan tenaga elektrik terendah disebut koduktor. Benda-benda yang direka supaya ada rintangan tertentu agar boleh melesapkan tenaga elektrik atau sebaliknya mengubah perilaku litar disebut perintang. Konduktor diperbuat daripada bahan-bahan berkealiran tinggi seperti logam, khususnya kuprum dan aluminium. Perintang sebaliknya diperbuat daripada beraneka bahan bergantung kepada faktor-faktor seperti rintangan yang dikehendaki, jumlah tenaga yang ingin dilesapkan, kepersisan, dan kos.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]