Risiko

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Risiko ialah konsep yang memperihalkan kebarangkalian berlakunya kemungkinan tertentu. Sebenarnya, tanggapan risiko tidak bergantung pada tanggapan nilai, oleh itu kemungkinan berkenaan tidak kira baik mahupun buruk akibatnya. Sungguhpun begitu, secara amnya risiko membincangkan kesan buruk terhadap sesetengah ciri-ciri nilai yang timbul akibat kejadian yang akan berlaku.

Takrifan risiko[sunting | sunting sumber]

Wujudnya pelbagai takrifan bagi istilah risiko yang berbeza mengikut penggunaan dan konteks situasi tertentu. Antaranya, risiko merupakan isu yang boleh dielakkan atau diringankan (di mana isu ialah masalah berpotensi yang perlu diselesaikan sekarang juga.) Risiko dihuraikan secara kualitatif dan kuantitatif. Risiko sering ditakrifkan sebagai situasi yang boleh membawa padah atau akibat buruk.

Secara kualitatif, risiko berkadar pada kerugian jangkaan yang boleh timbul dari suatu kejadian dan juga kebarangkalian terjadinya kejadian tersebut. Semakin besar kerugian dan kebarangkalian kejadian tersebut, maka semakin besar risiko keseluruhannya.

Dalam bidang kejuruteraan, risiko ditakrifkan sebagai:

 \text{Risiko} = (\text{kebarangkalian kemalangan}) \times  (\text{kerugian dari setiap kemalangan}).\,

Secara amnya:

 \text{Risiko} = (\text{kebarangkalian berlakunya kejadian}) \times  (\text{kesan dari kejadian}).\,

Salah satu penggunaan konsep risiko utama yang terawal adalah ketika merancangkan projek perlindungan banjir Delta Works di Belanda pada tahun 1953, dengan bantuan David van Dantzig.[1] Analisa risiko sedemikian yang dipelopori ini menjadi kebiasaan di bidang-bidang kuasa nuklear, aeroangkasa, industri kimia dan sebagainya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Projek saudara Wikimedia[sunting | sunting sumber]