Roh nenek moyang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kepercayaan atau pemujaan roh nenek moyang ialah kepercayaan bahawa mereka yang telah meninggal masih kekal bersama-sama di bumi ini untuk memerhatikan anak-cucu keturunan mereka yang masih hidup. Roh nenek moyang ini perlu dijaga agar mereka gembira dan membantu keturunan mereka ketika ditimpa sesusahan. Roh nenek moyang yang diabaikan akan kembali menimpakan bencana kepada keturunan mereka yang tidak menjaga kebajikan diri roh nenek moyang itu.

Kepercayaan ini terdapat di kalangan orang asli dan orang Cina. Ada juga kepercayaan (misalnya Gereja Roman Katolik) bahawa roh orang baik (para santo) dapat menjadi pengantaraan dengan tuhan.

Pemujaan nenek moyang tidak sama dengan penyembahan terhadap tuhan atau dewa. Sebagai roh yang pernah hidup sebagai manusia, mereka dilihat lebih memahami keperluan manusia berbanding entiti ketuhanan. Dalam budaya lain, tujuan pemujaan nenek moyang bukanlah bagi meminta sesuatu tetapi sebagai tanggungjawab taat ibu bapa kepada orang tua. Sesetengah budaya pula percaya leluhur perlu dihaga dan dijamu (diberi makan dan persembahan) oleh keturunan mereka. Bagaimanapun golongan muda sudah kurang mengamalkan kepercayaan ini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.