Room Arranger

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Room Arranger ialah sebuah perisian reka bentuk dan letak bilik, pejabat atau kediaman yang merupakan sebuah perisian kongsi. Ia menyediakan penyuntingan dalam 2D dalam pelbagai sudut pandangan dan juga penjelajahan rekaan dalam 3D.

Room Arranger menyertakan sebuah pustaka objek-objek yang biasa terdapat di dalam pejabat atau kediaman dan juga sebuah pustaka pengguna untuk objek-objek yang biasa digunakan oleh pengguna.

Perisian ini juga wujud dalam antara muka pelbagai bahasa selain daripada bahasa Inggeris. Para pengguna bebas menterjemah antara mukanya dan boleh memohon terjemahan mereka digunakan dalam versi Room Arranger berikutnya serta diletakkan di laman Web rasminya untuk pengguna-pengguna versi sedia ada.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]