Roti kaya bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Roti bakar kaya dengan kopi
Seri kaya yang disapu pada roti bakar

Roti kaya bakar ialah suatu snek masyhur di kalangan rakyat Malaysia dan Singapura di mana seri kaya merupakan salah satu sapuan kegemaran tempatan, dimakan bukan sahaja pada roti bakar, tetapi juga roti segar dan biskut kraker berkerim. Kaya diperbuat dari telur, gula dan santan dan diperisakan dengan pandan.

Pasa asasnya, kaya dan biasanya mentega atau marjerin disapu pada dua keping roti bakar, walaupun mana-mana roti yang tidak dibakar juga dapat digunakan dan sedia untuk dihidang. Sebagai pilihan lain, seri kaya dan mentega atau marjerin dapat disapu pada keping roti yang sama.

Warga Malaysia dan Singapura suka memakan makanan ini dengan secawan teh atau kopi.[1] Ya Kun Kaya Toast di Singapura adalah salah satu dari beberapa francais yang telah menghidangkan snek ini lebih daripada sekadar sarapan pagi, disebabkan pertambahan cawangannya baru-baru ini. Kedai kopi lazaimnya turut menjual snek ini juga.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Great toast theStar Online