Rub al-hizb

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Rub el Hizb)
Lompat ke: pandu arah, cari
Rub al-hizb
Jubin berseni Rub El Hizb yang terdapat pancuran air di atasnya

Rub al-hizb (Bahasa Arab: ربع الحزب‎ ialah sebuah lambang Islam, yang digariskan sebagai dua segi empat sama yang bertindih. Lambang ini terdapat pada beberapa jata dan bendera. Dalam bahasa Arab, rub bermaksud "satu perempat, suku", sementara hizb pula mempunyai makna "kumpulan". Pada mulanya lambang ini digunakan dalam al-Quran yang dibahagikan kepada 60 Hizb (60 kumpulan yang panjangnya agak sama); lambang ini menunjukkan setiap suku Hizb, sementara setiap Hizb melambangkan setengah juz'. Tujuan utama sistem pembahagian ini ialah untuk memudahkan pembacaan al-Quran.

Lambang ini digunakan sebagai penanda penghujung surah dalam Seni khat Islam. Ia diperikan dengan dua segi empat sama bertindih seperti glyph Unikod ۞ di U+06DE.

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Pelan lantai pembangunan aras 43 Menara 1 Menara Berkembar Petronas membayangkan lambang rub al-hizb.[1]

Keratan rentas Menara Berkembar Petronas berlandaskan rub al-hizb, akan tetapi juga terdapat sektor bulatan (digariskan dengan warna merah pada imej di sebelah kanan) bagi menambah ruang lantai tuntas.

Rub al-hizb juga dapat kelihatan pada (juga lihat galeri di bawah):

Bintang Al-Quds[sunting | sunting sumber]

Bintang al-Quds asas
Bintang pada Makam Humayun, di Delhi, India, disiapkan pada tahun 1572.

Bintang al-Quds (bahasa Arab نجمه القدس, najmat al-Quds) ialah pengubahsuaian lambang Islam, rub al-hizb, yang secara rasminya dikaitkan dengan al-Quds (Baitulmudaddis).

Reka bentuk bintang lapan penjuru diilhamkan daripada pelan lantai Qubbah al-Sakhrah (harfiah, Kubah Batu) yang dibina oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan pada tahun 685 M dan juga lambang standard rub al-hizb.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]