Runut bunyi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Istilah runut bunyi merujuk kepada tiga konsep berkaitan iaitu rakaman muzik yang dimainkan dalam perjalan filem, rancangan televisyen, atau permainan video; sebuah album runut bunyi yang diterbitkan secara komersial yang mengandungi muzik seperti yang dimainkan dalam filem atau rancangan televisyen; dan kawasan fizikal sesebuah filem yang mempunyai rakaman bunyi yang selaras.

Dalam perfileman[sunting | sunting sumber]

Dalam penggunaan istilah industri perfileman, runut bunyi ialah satu penguncupan "runut bunyi" dan sebuah perakaman audio dicipta atau digunakan dalam penerbitan filem atau pasca penerbitan. Pada mulanya dialog, kesan bunyi, dan muzik dalam sesebuah filem, masing-masing mempunyai trek berasingan (runut dialog, runut kesan bunyi, dan runut muzik), danvini digabungkan menjadi runut komposit, yang didengari di dalam sesebuah filem. Sebuah runut alih suara selalunya dihasilkan apabila filem mahu dialih suara ke dalam bahasa lain. Ini juga dikenali sebagai M & E track (music dan effects) atau runut muzik dan kesan, yang mengandungi kesemua unsur bunyi kecuali dialog, yang kemudiannya disertakan dalam bahasa-bahasa ibunda negara-negara yang mengedarkannya.