S-SRV

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

S-SRV merupakan kenderaan penyelamat selaman ("submergence") dalam.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Dengan URF menghampiri akhir hayat perkhidmatannya, Kockums mula mereka dan membangunkan kenderaan penyelamat selaman dalam, S-SRV. S-SRV merupakan pembangunan lanjut URF dan, seperti URF, memiliki keupayaan untuk menyelamatkan keseluruhan krew kapal selam sehingga 35 orang dalam satu misi. S-SRV akan memiliki keupayaan bagi menyelamatkan krew dari kedalaman sehingga 700 m, memindahkan mereka dengan selamat masih dibawah tekanan ke kamar tekanan semula di kapal permukaan. Bantuan navigasi termasuk teknologi sonar maju dan kamera bawah air terbaru.

Kapal ini akan dilengkapi dengan sistem tujahan lebih berkuasa yang memberikannya kelajuan sehingga 4.5 kt. Seperti URF, S-SRV boleh dibawa melalui jalan dan pelbagai kenderaan permukaan termasuk juga melalui udara. Ia turut berkeupaya untuk beroperasi dari kapal selam lain.

Status operasi[sunting | sunting sumber]

Dalam pembangunan dan sedang dinilai oleh pasukan kapal selam baru termasuk Singapura.

Pembina[sunting | sunting sumber]

  • Kockums AB
  • Malmö.